Jan 7, 2010

LAHIRKAN ANAK CEMERLANG!


Ada beberapa perkara yang saya hendak ceritakan sepanjang saya balik kampung tempoh hari dan cerita hujung minggu lepas, cuma belum berkesempatan untuk tekun bekerja keras di depan pc dan khusyuk memerah idea. Sejak kebelakangan ini saya asyik tidur awal sahaja. Di siang hari pula, masanya lebih lapang dengan 2 anak tapi saya seperti lalai asyik meneman Aiesyah di depan tv dan mengulit tangannya bila dia menonton tv dan tidur. Seronok saya merasa seperti ibu beranak dua aje! Umar tidur pun lebih berjadual kerana tiada anasir yang mengacau bila dia hampir-hampir nak terlelap. Banyaaaakkk masa ibu luangkan bersama Aiesyah, sampai dia jadi terlebih manja pulak!

Daripada pembacaan, bagi anak-anak, erti kasih sayang bagi mereka adalah masa yang kita luangkan bersama mereka. lebih banyak masa yang diluangkan ibubapa bersama anak-anak, maka lebih erat kasih sayang yang terjalin. Sebab itu berlaku situasi di mana anak lebih rapat dengan bibik kerana banyak masa mereka bersama bibik agaknya. Sangat penting untuk meluangkan masa bersama anak dan dimanfaatkan dengan berkualiti. Duit dan harta tidak dapat mengisi kekosongan dalam diri anak-anak.
Apabila anak-anak merasakan kehilangan kasih sayang, kesan daripada kurangnya masa yang kita luangkan bersama mereka, maka pelbagai masalah akan timbul. Prestasi pelajarannya merosot, masalah disiplin, murung, memberontak, akhlak buruk dan sebagainya boleh berlaku
Tidak semestinya ibubapa yang bersama anaknya di rumah meluangkan masa berkualiti dan memberikan perhatian pada anak-anak. Bagi keluarga yang mempunyai anak yang ramai, mustahil untuk ibubapa menumpukan perhatian kepada seseorang anak sahaja. Apalagi jika adanya orang baru dalam keluarga, maka masa ibu lebih banyak menguruskan bayi dan anak yang lain memberontak meminta perhatian.
Kita perlu berusaha bagi menjadikan anak-anak kita cemerlang. Ilmu keibubapaan perlu ada bagi mendidik dan memotivasikan anak. Tanpa ilmu, kita mungkin melakukan kesilapan apabila berkomunikasi dan bertindakbalas dengan anak-anak.
Anak-anak yang cemerlang bukannya lahir daripada ibubapa yang cemerlang sebaliknya mereka lahir daripada ibubapa yang prihatin mengenai aspek kecemerlangan.
Mari kita sama-sama meningkatkan pengetahuan dan ilmu sebagai usaha melahirkan generasi terbilang di masa hadapan.

4 comments:

  1. Terima kasih singgah dan tinggalkan komen di blog baru saya. Saya suka dengan pengisian entri ini semuga memberi motivasi kepada ibubapa.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak saudara denaihati yang sudi singgah ke mari..

    ReplyDelete
  3. alahai.. skema ye ayat akak ngan bro denaihati.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails