Eh.... apa ni? Terkejut bila melihat sesuatu 'bendasing' yang terdapat di dalam najis bayi 7bulan yang sedang aktif merangkak. Bayi seusia ini yang ligat menyusur dan merangkak pasti akan mengutip apa sahaja yang dirasakan menarik pada perhatian mereka dan memasukkan di dalam mulut, apa rasa mende ni? Eksplorasi seluruh kawasan rumah termasuk dapur dan bilik air sudah menjadi tabiat anak kecil seusia ini. Ini adalah satu proses pembelajaran anak yang kadang-kadang merunsingkan ibubapa dan penjaga bayi. Jika anak di nursery mungkin keadaan lebih terkawal kerana keadaan nursery yang mesra anak kecil dan sentiasa dipantau oleh pengasuh yang bersama mereka 24 jam, tapi bagaimana jika anak yang ditinggalkan sendirian atau bersama kakak yang berusia 2.7 tahun?
Tips atau langkah keselamatan untuk memastikan bayi kecil selamat dari makan bendasing;
1. Sapu rumah terutama lantai kerana itulah medium anak bergerak bebas dan mencapai apa sahaja. Bukan sahaja dari sampah dan habuk tapi juga dari sebarang serangga kecil yang tidak disangka. Manalah tahu tetiba jatuh labah-labah dari ceiling, anak pegang dan ngap! Kanak-kanak memang suka dengan bendasing kecil yang bergerak-gerak!
2. Mop lantai kerana sapu sahaja kurang berkesan menghapuskan habuk.
3. Tingkatkan kekerapan menyapu dan mengemop lantai - kalau dulu ibu selalu sapu lantai seminggu sekali sekarang dah jadi 2kali sehari :-O
4. Kertas, plastik, buku diletakkan di tempat yang tidak mudah dicapai oleh anak kecil. Kakak suka baca buku dilantai sambil tengok-tengok tv, adik pun sama membaca sambil 'merasa' sedikit kertas terutama di bahagian hujung buku ;)
5. Plug yang berada di bawah disembunyikan daripada pandangan anak, ditutup dengan meja atau menggunakan safety plug dan sebagainya.
6. Sesekali ibu-ibu perlu duduk di lantai (kalau meniarap lagi bagus) dan perhatikan sekeliling pada pandangan anak kecil kita yang tidak nampak jika kita berdiri. Manalah tahu ada tahi cicak yang melekat di dinding ker?
7. Rambut ibu mesti terikat kemas kalau dapat ditutup terus lagi bagus , kerana rambut yang gugur juga menarik perhatian anak kecil untuk merasa.. =)) maklumlah anak seusia ini suka main air liur dan rambut ibu asyik gugur ajer....
8. Periksa di celah-celah antara sofa dan perabot, jangan tak tahu apa yang kita tak nampak tu sebenarnya anak kecil kita nampaaakkk... dengan jelas.
9. Bawah meja atau mungkin juga bawah katil juga menjadi tempat kegemaran anak kecil mengembara
10. Barang permainan yang selamat dan tiada skru yang tercabut, kisah benar keluar skru kecil bersama najis bayi berusia 8 bulan! Bukan anak saya... ;)
Tips di atas adalah daripada pemerhatian saya, mungkin ada lagi tambahan mengikut keadaan rumah dan persekitaran anda.
Kakak... tolong ibu jaga adik yer....! Ok...! sahut kakak.Eh! Lupa pula ibu bahawa kakak kadang-kadang menjaga adik dengan membuat adik seperti tunggangan aka kuda, isk..isk kesian adik. Kakak juga membantu menjaga adik dengan menyuap ke mulut adik apa aje yang dia makan #:-S
Tips atau langkah keselamatan untuk memastikan bayi kecil selamat dari makan bendasing;
1. Sapu rumah terutama lantai kerana itulah medium anak bergerak bebas dan mencapai apa sahaja. Bukan sahaja dari sampah dan habuk tapi juga dari sebarang serangga kecil yang tidak disangka. Manalah tahu tetiba jatuh labah-labah dari ceiling, anak pegang dan ngap! Kanak-kanak memang suka dengan bendasing kecil yang bergerak-gerak!
2. Mop lantai kerana sapu sahaja kurang berkesan menghapuskan habuk.
3. Tingkatkan kekerapan menyapu dan mengemop lantai - kalau dulu ibu selalu sapu lantai seminggu sekali sekarang dah jadi 2kali sehari :-O
4. Kertas, plastik, buku diletakkan di tempat yang tidak mudah dicapai oleh anak kecil. Kakak suka baca buku dilantai sambil tengok-tengok tv, adik pun sama membaca sambil 'merasa' sedikit kertas terutama di bahagian hujung buku ;)
5. Plug yang berada di bawah disembunyikan daripada pandangan anak, ditutup dengan meja atau menggunakan safety plug dan sebagainya.
6. Sesekali ibu-ibu perlu duduk di lantai (kalau meniarap lagi bagus) dan perhatikan sekeliling pada pandangan anak kecil kita yang tidak nampak jika kita berdiri. Manalah tahu ada tahi cicak yang melekat di dinding ker?
7. Rambut ibu mesti terikat kemas kalau dapat ditutup terus lagi bagus , kerana rambut yang gugur juga menarik perhatian anak kecil untuk merasa.. =)) maklumlah anak seusia ini suka main air liur dan rambut ibu asyik gugur ajer....
8. Periksa di celah-celah antara sofa dan perabot, jangan tak tahu apa yang kita tak nampak tu sebenarnya anak kecil kita nampaaakkk... dengan jelas.
9. Bawah meja atau mungkin juga bawah katil juga menjadi tempat kegemaran anak kecil mengembara
10. Barang permainan yang selamat dan tiada skru yang tercabut, kisah benar keluar skru kecil bersama najis bayi berusia 8 bulan! Bukan anak saya... ;)
Tips di atas adalah daripada pemerhatian saya, mungkin ada lagi tambahan mengikut keadaan rumah dan persekitaran anda.
nice tips anie!
ReplyDeletesyukran ummumishkah sudi jenguk sini.. dtg lagi yer! ;)
ReplyDeletevery helpful! yg psl ibu2 kena merangkak tu mmg betul lah...sometimes we have to see things from our baby's point of view.. nk tgk ape yg dia nmpak.. :)
ReplyDeleteSyigim: anak2 kan cerah mata.. kita tak nampak tapi diorang leh nampak :D
ReplyDelete