Jan 8, 2010

MESIN BASUH BERASAP

Sekarang cuaca sudah cerah, tadi hujan dengan guruh dan kilat. Saya memang tak berani nak pasang modem bila kilat, sebab dulu masa kecik2 mak selalu minta padamkan suis bila ada guruh dan petir. Arahan itu melekat di dalam benak saya sehingga sekarang. Risau juga jika terbakar modem, atau laptop meletup ker... :). Dulu pernah berlaku overload current di rumah sewa kami menyebabkan banyak perkakas elektrik rosak dan perlu dibaiki termasuk tv, peti ais, mesin basuh dan kipas. Seingat saya kipas memang tak dapat dibaiki, mesin basuh dan tv punya lama nak dibaiki kerana tokey kedai tu cakap tunggu sparepart. Kelam kabut juga waktu tu, tak larat saya nak basuh guna tangan (last pi hantar dobi) hampir sebulan juga lah. Nasib baik waktu tu kami baru berdua, belum ada anak lagi, jika sekarang tak sanggup wei nak cuci baju yang berlambak setiap hari. Basuh guna mesin pun penat apalagi tangan... ooooh tidaaak!


Dalam masa sebulan itu kami pulang ke rumah bila waktu malam untuk tidur sahaja (macam hotel dah jadi rumah tu cuma tak ler selesa benor cam hotel kan) masak pun tidak alasan peti ais rosak.... habis barang yang dalam peti ais busuk. Mula-mula memang tak perasan peti ais rosak sebab lampu menyala cuma tak sejuk (kalau tak silap kompresor yang rosak) Alhamdulillah lepas dibaiki boleh digunakan seperti biasa sehingga sekarang. Mesin basuh yang paling lama untuk dibaiki, kami guna brand LG susah sparepart katanya, inilah mesin basuh yg menjadi kenangan dan masih digunakan sehingga sekarang... beli dari zaman bujang lagi nih (adalah dalam 7/8 tahun gitu) kat atas pun dah berlubang dek lilin yang terbakar... haha. Saya tertidur lepas letak lilin dalan bekas plastik atas mesin basuh, sedar-sedar bau hangit! berasap dah dalam mesin basuh tu terendam toto.. jadi api takde lah merebak. Bau busuk hangit plastik yang banyak kuar asap tu jer lar. Kejadian ini pun beberapa tahun yang lepas dan mesin basuh tu masih digunakan hingga sekarang.

TV pun lama juga nak dibaiki, saya pun dah lupa brand apa tv tu, kami beli lepas kawin dan sekarang sudah hilang dicuri oleh pencuri yang tak tahu hati perut..(tv pun nak angkut ka?) siap dengan kotak tv pun diambilnya. Masa tu memang tv tu sudah dibaiki, kalau ku tahu ada orang nak amik tv tu kubiarkan rosak ajer.. baru padan muka deme, angkut punyalah susah, tengok-tengok tv tak boleh on... haha. Selepas kejadian curi tu kami berpindah ke rumah baru di kawasan yang baru. Banyak kali juga kami berpindah randah dah macam orang nomad dah.... mengikut tempat kerja dan keselesaan. Mungkin dulu tidakler banyak barang sangat jadi nak pindah pun tak susah. Seingat saya dari rumah pertama ke rumah kedua kami angkut sendiri jer barang-barang.

Kes overload current tu memang silap TNB jadi kami buat surat dan report, Alhamdulillah lepas baiki semua barang kami claim dan dapat balik jumlah kerugian yang dialami.

3 comments:

  1. oo.. mcm tu.. ingatkan meletup td... :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah x meletup... risau juga saya bila kuar asap banyak, terus siram air...

    ReplyDelete
  3. Wahhh ... nasib baik boleh claim ya! Klik2 balik daaaa ... Tenkiu!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails