Skip to main content

PERCAKAPAN MELAMBANGKAN PEMIKIRAN

Anak-anak adalah acuan ibubapa, jika elok acuan maka eloklah hasilnya, begitu juga jika sebaliknya. Setiap ibubapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka tetapi kadang-kadang ibubapa sendiri tidak menyedari kesilapan yang dilakukan. Ada percakapan dan perlakuan yang menjadi ikutan anak-anak sedangkan perkara itu tidak diajar. Sebagai contoh bapa beritahu anak "Nak! jangan cakap aku ko dengan kawan-kawan tak elok" Bila bapa berbual ditelefon "Hello, Ali apa la ko ni, aku baru jer pergi tempat yang ko cakap tu.. bla..bla" secara tidak sengaja, perbualan didengar oleh si anak. Lagi kurang elok jika bapa menggunakan perkataan yang kurang enak didengar sebagai gurauan dan perkataan itu ditiru oleh anak. Begitu juga bila ibubapa bagitau anak "Lepas solat Maghrib mengaji yer.." sedangkan anak tidak pernah melihat ibubapa mengaji. Bagaimana untuk membentuk generasi cemerlang peneraju negara kita yang dicintai ini di masa akan datang. Ini antara contoh yang dapat kita lihat di depan mata, bagaimana dengan perkara lain yang berlaku di luar daripada lingkungan kita seperti di rumah pengasuh, taska, sekolah, atau mungkin di kalangan kawan-kawan. Hakim ada beritahu saya 2 hari lepas "Ada kawan tu dia cakap babi.." Cara Hakim bagitau itu menunjukkan dia tidak selesa dengan perkataan kawan itu. Ibu agak terkejut juga kerana Hakim tidak pernah menyebut perkataan itu sebelum ini. Saya akur kerana ini adalah perkara yang tidak dapat dikawal oleh kami, selepas diterang Hakim faham dan tahu bahawa perkataan seperti itu tidak elok diucapkan.


Bila dilihat dan diteliti anak-anak banyak mengeluarkan apa yang ada di fikiran mereka melalui apa yang dilihat. Ada betulnya 'Kepimpinan Melalui Teladan' dipraktikkan, tiada guna jika yang menunjukkan teladan seperti ketam mengajar anak berjalan lurus. Di Terengganu pendekatan untuk Melahirkan Generasi Ulul Albab telah diperkenalkan beberapa tahun yang lalu. Sekarang baru nampak hasilnya apabila IMTIAZ School Of Excellence Kota Putra dan Kuala Berang menjadi sekolah agama terbaik pertama dan kedua dalam keputusan PMR 2009. Ternyata generasi al-Quran yang hendak diwujudkan berjaya, dengan menjadikan hafazan al-Quran sebagai salah satu modul utama di IMTIAZ sejak penubuhannya. Pelajar yang hendak masuk ke sana perlu menjalani sesi temuduga dan sudah pasti hafalan al-Quran turut diuji untuk mencari pelajar yang terbaik di kalangan yang terbaik. Bukan sahaja pelajar malah guru yang diambil mengajar di sana juga perlu menjalani temuduga dari segi hafalan dan bacaan al-Quran. Saya tahu serba sedikit kerana saya pernah menjadi pendidik di IMTIAZ pada 2002 sebaik sahaja tamat pengajian di IPTA. Pendekatan ini juga telah diperluaskan ke MRSM YT di Besut, Terengganu baru-baru ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak yang menghafaz al-Quran lebih tajam pemikirannya. Ini dibuktikan dengan pencapaian pelajar terbaik di kalangan sekolah agama yang mempraktikkan hafazan al-Quran sebagai satu modul wajib di sekolah.

Saya semasa di sekolah rendah hingga sekolah tua dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik-baik aje (baik tu maksudnya tidakler jahat...) Semasa bekerja, persekitaran dan kawan sekerja yang kebanyakannya lelaki menyebabkan saya agak kurang selesa dengan perkataan yang diucapkan apabila berbual sesama mereka yang berada di sekeliling saya. Tidak pula mereka bercakap yang tidak senonoh dengan saya. Ini lah dunia persekitaran yang kita perlu hadapi dan kita tiada kuasa untuk mengawal, bagaimana pula dengan dunia akan datang? 2010 yang bakal dilalui ini telah jauh berbeza dengan tahun 1997 sewaktu saya mula melangkah ke universiti dahulu. Hanya beberapa tahun sahaja perkembangan dan kemajuan yang berlaku begitu pantas. Tahun demi tahun berlalu bagaikan bulan demi bulan sahaja. Jika dahulu amat jarang kita dapat menyaksikan gerhana bulan dan gerhana matahari tapi sekarang seolah kerap berlaku. Pasti ramai yang lupa tentang gerhana bulan separuh kerana teruja dengan kemeriahan sambutan Tahun Baru 2010. Saya teringat ketika mula menggunakan telefon bimbit pada 1996 ketika bekerja sementara menunggu keputusan SPM, majikan saya menunaikan umrah ketika itu dan mengamanahkan kepada saya menjaga telefon bimbit pejabat yang besar gedabak waktu itu tapi saya merasa sangat bangga sebab saya seorang sahaja yang membawa telefon bimbit ketika itu. Saya sudah lupa jenama telefon itu jika tidak silap jenis mobifon.

Saya tahu bahawa apa yang saya tulis telah tersasar jauh dari landasan topik di atas kan? Sebelum pergi lebih jauh hingga ke kutub utara baik saya berhenti sekarang.

Comments

  1. W. Anie pun cikgu ye dulu. saya pun ingat telefon yg jenis besar dulu tu. abah saya pun pernah pakai bila company dia bg.

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru.. saya bercita2 untuk Luqman jadi seorg penghafal AlQuran. Nanti boleh tanya Wan ye pasal Imtiaz..:) tapi Luqman baru setahun jagung..

    ReplyDelete
  3. Nuradyani: emm.. cikgu yg sgt mencabar waktu tu sehingga tak dpt lupa hingga sekarang
    ummiluqman: InsyaAllah sama2 doakan yg terbaik utk anak2 kita

    ReplyDelete
  4. susah jugenye ..
    tapi kan, kadang2.. parent baek... namun anak2 sebaliknya..

    ReplyDelete
  5. NiNa: Tidak dinafikan sebab manusia dibentuk melalui hatinya... hanya diri sendiri yang boleh mendidik hati

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.