Skip to main content

Episod CD: Jom Tengok CD apa yang ada

Saya adalah salah seorang pengguna cloth diapers moden sejak 2 tahun lebih yang lalu ... dah hampir 3 tahun kut, ramai lagi ibubapa lain yang menggunakannya jauh lebih awal daripada saya kerana saya tahu mengenai cd pun melalui satu forum. Apabila ada seorang ibu yang berkongsi cerita tentang pemakaian cd kepada anak-anaknya saya jadi tertarik dan terus mencari maklumat untuk mencubanya juga. Saya pernah juga berangan mat jenin nak jual cd suatu waktu dulu kerana saya tahu ramai yang ingin mencuba dan menambah koleksi cd yang ada (mesti ketagih nak beli bila dah mula menggunakannya...) tapi memikirkan sudah ramai kawan/adik-adik blog shopper yang menjualnya saya batalkan niat.

Perkembangan cd juga memberansangkan sekarang kerana terlalu banyak brand yang ada di pasaran dengan harga yang sangat berpatutan. Blog shopper yang menjualnya juga semakin banyak dan masing-masing tawarkan harga yang murah. Jika tahun lepas ketika survey cd untuk tambah stok, saya boleh dapat harga dalam RM35/pcs sekarang cd yang sama dijual RM25 sahaja! CD keluaran China yang banyak di pasaran Malaysia sekarang memang rendah harga, kualiti bergantung pada jenis material yang digunakan dan cara pembuatannya. Adakah kerana banyak persaingan atau mungkin juga banyak pengeluaran disebabkan tinggi permintaan?

Saya bukan menggunakan cd moden sahaja kerana saya mix and match dengan lampin kain traditional juga, seperti diaper cover kadang saya letakkan kain lampin lama di dalam dan di alas dengan doubler. Doubler adalah sejenis insert yang mempunyai lapisan microfiber dibawah dan lapisan microfleece di atas yang bertindak untuk memastikan bayi sentiasa kering. Microfleece memang sangat senang untuk dicuci, seolah kotoran tidak dapat melekat di atasnya :D lapisan insert juga saya padankan dengan diaper cover versi lama  keluaran Anakku, Pureen etc yang banyak saya kutip di rumah mak tinggalan dari adik-adik mungkin kerana tiada siapa lagi hendak menggunakannya sekarang. Mungkin agak low-class bila saya menggunakan lampin kain traditional dan diaper cover yang murah harga nya itu :( tapi saya tidak kisah kerana banyak duit yang saya jimat daripada kos diaper di salurkan ke tabungan pendidikan anak-anak :)

Antara cd yang saya gunakan untuk anak-anak yang masih ada dalam stock kami sekarang;

Happy Heiny's (HH)
- Ada 3 set Pocket OS with 2 inserts. Memang suka sangat-sangat dengan brand HH, jika ada pelaburan yang besar elok juga cuba yang ini. Adjustable snap boleh digunakan dari NewBorn hingga Large dan semuanya adalah jenis velcro. CD yang saya beli untuk Aiesyah masih elok seperti baru beli digunakan oleh Umar sekarang. Harga dalam RM80++ termasuk 2 inserts

Mommy's Touch (MT)
-  Saya ada 2 pocket dan 1 AIO jenis MT, apa yang saya suka dengan pocket cd jenis MT, insert boleh dimasukkan dari belakang atau depan, sebab depan pun buka. One Size (OS) tetapi terhad kepada 2 size sahaja untuk jenis velcro kerana tiada adjustment snap tuk multiple size, cuma lipat bahagian depan tuk mengecilkan size. CD MT jenis AIO lain daripada CD AIO yang lain kerana insert jenis hemp yang ada di dalamnya dilekatkan dengan snap button, jika hendak basuh boleh dikeluarkannya sahaja dan juga diletakkan insert lain jika mahu. Harga RM60++ insert dibeli berasingan.

GAD
- Cutting lebih kecil jika dibandingkan dengan HH dan MT, apa yang menarik adalah microfleece yang bermacam warna. Saya ada 1 helai saja jenis pocket di luar (PUL) warna pink dan di dalam (microfleece) color hitam. GAD CD yang saya ada ni adalah bersaiz L, jika baby terlalu kecil atau terlebih besar maka sudah tidak sesuai menggunakannya. Harga RM60++ insert dibeli berasingan

Freshbots
- CD pertama yang saya beli! Beli 3 set dengan harga pakej dapat 2 jenis fitted AIO cd size M dan 1 pocket cd size M bersama 3 soaker. Semasa anak bayi memang saya sangat suka mengenakan jenis fitted AIO kerana kain cotton yang lembut dan sangat selesa dipakai. Oleh kerana itu saya beli pula tambahan fitted size L dan training pant. Jika tidak silap, ini adalah cd keluaran Malaysia pertama, kerana ownernya menjahit sendiri cd ni pada mulanya. Sekarang mungkin agak sukar untuk mendapatkan cd jenis ini, website yang saya beli dulu pun sudah tiada. CD jenis ini \ dan sudah tidak muat dengan size Umar yang lebih besar dan chubby tu :D Jika cd lain perlukan sehari untuk dikeringkan jenis fitted ni perlukan 2 hari! Tebal.... tu lah pasal. Soaker masih digunakan sehingga sekarang, walaupun agak tebal berbanding insert tapi kadar penyerapannya sangat bagus. Harga dalam RM40 - RM50 termasuk 1 soaker.
 
Ini cd Freshbots, 3 di depan tu adalah jenis fitted cotton yang 3 di belakang adalah pocket OS 
(masa saya beli dulu belum ada lagi jenis ini)

Coolababy
- Pocket cd OS yang paling murah pernah saya beli buatan China, walaupun murah tapi berbaloi dengan kualiti. Beli pakej 3 cd dengan 6 inserts memang menguntungkan. Jika baru nak mencuba cd saya boleh cadangkan jenis ini, jika tidak biasa dengan snap button boleh cuba yang velcro. Harga RM35 termasuk 2 inserts (sekarang ini sudah murah rasanya)

KS
- Ini antara cd buatan China yang saya cuba, telah dibrand sebagai KS, pocket cd jenis velcro mempunyai lapisan suedecloth di dalamnya yang tidak selembut microfleece tapi senang dicuci. CD KS tidak cukup panjang untuk anak saya yang agak chubby, tapi masih boleh di pakai. Saya beli dalam pakej 3 set juga bersama 6 inserts, tapi dapat 4 cd gara-gara tersilap hantar saya dpt 1 cd percuma. Harga RM 45 termasuk 2 inserts (sekarang mungkin juga sudah murah harganya)

Crazy Mommy (CM)
- CD jenis CM ni lebih kurang saja dengan Coolababy cuma material inner sedikit berbeza. Harga RM40+ termasuk 2 inserts.

Insert
- Saya menggunakan pelbagai jenis insert termasuk microfiber, hemp, doublers, soaker. Ada juga dalam stock one-size microfiber dan one-size hemp insert.

Selain dari di atas, saya juga gunakan diaper cover daripada Thirties dan Bummies Training Pant. Ini semua perkongsian berdasarkan pengalaman saya sebagai pengguna, tiada kena mengena dengan sesiapa samada masih hidup atau ..... hehe, selain dari yang disebut di atas mungkin ada banyak lagi brand cd yang lebih baik daripada yang diceritakan. Saya teringin juga nak cuba Lunatots, disebabkan cd yang ada masih cukup untuk keperluan maka saya stop penambahan stock. Daripada pembacaan cutting Cd Lunatots lebih kecil berbanding Coolababy... betul ker? bermakna jauh lebih kecil daripada MT dan HH. Saya perlu pastikan cd yang lebar untuk Umar yang sihat dan aktif itu.Saya juga tidak mahu beli kerana trend atau terikut-ikut atau geram dengan corak yang bermacam-macam kerana tujuan saya bercd itu jelas dan itu yang lebih penting bagi saya. Walaupun tidak dinafikan masa mula-mula menggunakannya dulu saya sangat ketagih untuk mengumpul pelbagai warna cd dan corak yang ada :D

Comments

  1. nice info.. sdg survey ttg CD gak ni..

    ReplyDelete
  2. ummumishkah: oh ye... ok lah tu, kena survey dulu supaya pelaburannya berbaloi... :D

    ReplyDelete
  3. saya mahu teka

    next product comellote, adalah produk CD, betul tak wan (andaian sahaja, kalau betul baguslah semakin sukses)

    penerangan wan memudahkan saya, banyak informasi baru berkaitan cd,

    ReplyDelete
  4. Mas: haha belum lagi la Mas... InsyaAllah ada produk baru tapi bukan CD :D

    ReplyDelete
  5. Salam. Terima kasih ats review akak. Rasanya freshbots dah takde skg (dihentikan buat sementara waktu ke gitu la). Aritu ada buat clearance stock..

    Mcm KS, harga dekat web dia masih 55.90 kalau tak silap tapi dekat blog dah ada yg jual RM43.

    Kiranya kualiti coolababy mmg tak mengecewakan la kan??? Mmg berbaloi dgn harga (yer la, bkn semua org mampu beli CD yg berharga 80-80 ni)...

    ReplyDelete
  6. betullah tu kaklong nuzula, dulu sebab takde pilihan terpaksa juga beli cd mahal :( sekarang dah ada banyak pilihan, boleh beli yang mana berkenan :D

    ReplyDelete
  7. Salam,
    puan wan, sebenarnya Cd lunatots lebih besar cuttingnya dari Coolababy / babyland..pastu, sizing nya up to XL saiz,
    saya pun cloth diapering my kids from about 2 years ago..until ended up having my on online blogshop of cd..sebab, cd nie bagus, and haruslah kongsi dgn ramai orang kebagusannya...hihi

    akak boleh visit my cloth diaper blogshiop...ada offer menarik..jomm

    http://smileybear2u.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Hanis Kamis: thanks for dropping by, oo kalu camtu boleh la try Lunatots nanti :)

    Saya dah singgah ke blogshop Hanis tadi... menarik :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...