Skip to main content

Anakku Ekzema!

Assalamualaikum..
Saya pasti ramai yang tidak tahu bahawa anak dara kesayangan saya (sekarang ni demam :( ) mengalami alahan kulit yang agak teruk ketika bayi. Alhamdulillah sekarang sudah baik dan diharapkan berterusan sehingga Aiesyah besar kelak. Ibu sentiasa doakan anak-anak ibu dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera dalam kehidupan masing-masing.
Sekadar berkongsi, anak kedua kami mengalami ekzema semenjak kecil, seingat saya pipi Aiesyah mula merah2 sejak umurnya 1 bulan. Masa mula2 ingatkan ruam susu (org tua2 ckp) rupanya sangkaan kami meleset sebab lepas dah tak menyusu badan, pipi dan badan masih ada kesan merah2 malah semakin teruk.
Ekzema boleh berlaku kepada bayi sekiranya ibubapa juga mengalami ekzema, mempunyai asma, lelah atau resdung

Ini semua adalah gambar2 koleksi peribadi kami sekeluarga sahaja bukan untuk apa2 testimoni yer... :D
Ni semasa Aiesyah 9 bulan, daripada umurnya 1bulan lebih sehingga 9 bulan, kulitnya selalu merah2 paling teruk di pipi sebab dia pun da pandai menggaru.

Gambar ni masa Aiesyah dah masuk 10 bulan, waktu kami keluar jalan2.. orang tegur jangan cakap lah.. sampai rasa macam kita ni x pandai jaga anak sendiri, sebab macam2 ubat dan petua orang bagi... kalau bole semua kita nak ikut tapi tetap x berubah jugak.. :((

Masa ni Aiesyah dah nak masuk setahun, Aiesyah pun da bole jalan da masa ni... lepas kami jumpa dr. pakar kulit, dr tu suggest kita beli satu ubat di farmasi yg harganya mencecah rm100 hanya utk 10gm (ya 10gm saya dah check sbb ubat tu masih ada dlm simpanan walaupun isinya masih ada dan sudah tidak digunakan lagi ;D)

Cuma sapu 1x sehari (selalu sy sapu pada waktu malam bila Aiesyah da tido sbb waktu tido jer dia tidak menggaru pipinya), selepas 4-5 hari nampak kesan yang positif, kulit nampak menggelupas dan kering.

Umur Aiesyah 1 thn 2 bulan, masa kita kuar makan2, lihat kulitnya da cantik tapi masih ada kesan di pipi.

Gambar ni diambil pada bulan 3 yg lepas, nampak kulit dah semakin cantik tapi nak licin tu memang susah...

Ini gambar close up diambil pada 09/05/09, masa ni nampak sangat kulit Aiesyah dah cantik.. pipi dah licin xde lagi kulit kasar macam dulu...

Alhamdulillah.....

Comments

  1. laa.. kisahnya... alhamdulillah, dah ok.. anak saya yg sulung pun gitu, ruam2 dileher.. tapi xde gambar lak.. hehee

    ReplyDelete
  2. dear..my kids pun mmg ada ekzema..just under control la...mmg cream senantiasa spare kat rumah...

    skrg jumpa paed tuk diaorg yer allergic jer...

    ReplyDelete
  3. sama mcm Hafizah anak sy yg kedua. sy pun pernah buat entri pasal eczema ni kat blog sy thn lps.

    ReplyDelete
  4. Umi: amik ler gambar.. leh share

    Iswatie: ramai rupanya yg senasib... emm take care

    Nur: thn lepas entry yg mana yer.. ti sy usha :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.