Skip to main content

Nak cerita pasal CD

Bismillah
Saya jarang atau tidak pernah bercerita tentang CD (Cloth Diapers) sebelum ini di dalam blog walaupun sebenarnya saya adalah pengguna cd tegar. Sekarang memang tiada langsung Dispo Diapers yang dibuang daripada rumah. Ya pernah saya ceritakan tentang cd dalam Episod CD semasa contest yang dianjurkan oleh blogger pada tahun lepas. Jika anda baru nak berjinak-jinak dengan cd saya cadangkan join contest atau giveaway yang banyak sekarang ni... mana tahu ada rezeki, jika membeli pastikan pemilihan cd yang betul untuk memastikan anda berpuashati dengan pelaburan yang telah dilakukan.

Kami beruntung sangat sekarang bukan sebab tinggal di Bukit Beruntung tapi anak ke-3 kami jimat lebih RM500 untuk keperluan diapers. Sekarang Umar sudah 8 bulan, cd yang dipakai inherit daripada Aiesyah dahulu. Sudah cukup sangat cuma bila outing atau balik kampung tu sendat-sendat ler jugak :D Selalunya bila balik kampung kami memang bawak keperluan yang cukup, hehe agak2 tak payah lah nak mendobi bila di kampung. Kalau balik seminggu pasti kena basuh juga sebab kami dah bawa balik semua stok cd yang ada! Fully cd sejak setahun yang lepas tidak lah merumitkan bagi kami, pada mulanya ya.. memang terasa juga sebab risau bekalan tidak cukup kerana saya basuh cd 2/3 hari sekali. Alhamdulillah semuanya ok! ;)

Rata-rata anak menggunakan 3/4 keping cd sahaja sehari dengan purata penggunaan 7-8 jam setiap helai cd dengan 2 insert sekaligus. Setiap insert ada 3 lapisan bermakna saya menggunakan 6 lapisan untuk kekalkan kekeringan sehingga 8 jam! Haha... ini bukan malas cuma jimat cd dan elektrik :D kenapa kita hendak bersusah nak menukar cd setiap 4 jam sedangkan boleh dipakai sehingga 8 jam? Anak-anak tiada masalah dengan rutin itu kecuali jika mereka 'poo'

Semasa baru nak berjinak-jinak dengan cd dulu memang banyak survey yang saya lakukan antaranya jenis-jenis cd yang ada di pasaran. Sekarang ini saya pasti ramai yang menyukai Pocket CD jenis OS dan mungkin juga AIO. Semasa Aiesyah baby dulu saya menggunakan fitted cd kerana material cotton yang digunakan sangat selesa untuk bayi. Ini antara jenis-jenis cd yang ada yang saya boleh kongsikan;
Terdapat banyak jenis CD dipasaran hari ini, yang paling popular tentulah Pocket CD, antaranya;
- All In One CD (AIO)
- All In Two (AIT)
- Pocket CD
- Fitted CD
- One Size CD (OS)
- Prefold dan Diaper Cover

All In One CD (AIO)
CD jenis ini paling menyamai DD kerana insert dan PUL cover telah di jahit bersama, mungkin agak tebal dan lambat utk kering, ada jenis yg fitted (multiple size) dan juga One Size (OS).
Ada yang tiada lapisan PUL dan anda perlu menggunakan Diaper Cover.


All In Two (AIT)
Cd jenis ini sama macam AIO cuma ada pocket tuk extra insert

Pocket CD
Cd ini paling popular, ada yang dijual skali dengan insert dan ada yg tidak (insert perlu dibeli berasingan). Cd ini sama macam lampin kain traditional yg mak2 kita dulu gunakan... cuma dulu insert adalah kain lampin, sekarang insert lebih moden, jika anda tiada budget anda juga bole gunakan kain lampin sebagai insert.
Bezanya dulu nyer lebih kepada plastik untuk halang kebocoran dan ada jaring2 macam net tuk dimasukkan lampin. Moden pocket sini lapisan luar selalunya daripada PUL untuk waterproof dan lapisan dalam dr fleece yg lembut supaya baby sentiasa berasa kering

Fitted CD

CD fitted ada multiple size x kira lah jenis AIO atau pocket, ada yg 2 saiz ada yg 3 size bergantung pada berat baby. Lebih kemas kerana mengikut saiz baby anda. Kebanyakan fitted CD yg ada dipasaran tidak mempunyai lapisan PUL, jadi kulit baby lebih bebas bernafas tapi jika anda bimbang bocor gunalah diaper cover.

One Size CD (OS)
Pocket CD selalunya adalah One Size jadi lebih jimat kerana boleh dipakai oleh bayi dari newborn sehingga potty train. Ada snap button di depan untuk adjust size dari S, M dan L.


Prefold dan Diaper Cover
Ini macam traditional, kos untuk prefold lebih murah, sesuai untuk newborn baby (bagi saya).
Gunakan prefold macam kain lampin dulu2 dan letak diaper cover utk menghalang kebocoran. Selalunya prefold Rm45 - 55 bole dapat 6 helai, newborn baby kan selalu poo jer... :D cuma perlu tukar pefold, cover bole gunakan yg sama jer.. Jumlah cover x perlu banyak ada 3-4 helai da cukup lagipun diaper cover ni memang mudah kering. Prefold perlukan gunakan pin atau snappi untuk lebih kemas.


Comments

  1. salam wan

    dalam hal ini saya perlu ukur badan sendiri, mungkin boleh cuba untuk anak ke empat (berangan)

    saya suka penggunaan lampin kain, tetapi saya masih kurang komitmen untuk ke arah itu

    artikel wan ini sangat bagus untuk ibu seperti saya, yang mahu cepat, mudah, segera ;D

    ReplyDelete
  2. Mas,

    Berangan nak ada yang ke-4 ke dah ada? ;)

    Mula-mula memang terasa macam cerewet, tapi bila dah guna ia menjadi perkara biasa, cd moden ni sangat senang dicuci berbanding cd jenis kain lampin yg mak-mak kita gunakan untuk kita dulu...

    ReplyDelete
  3. Salam kak, seronok baca entry akak.. Hehe... Oh ya, saya link ke blog CD saya yer, http://happy-clothdiapering.blogspot.com, dekat CD moms tu...

    p/s: Sblm ni dah tahu akak pun berCD tapi sbb akak tak pernah citer dlm blog...

    ReplyDelete
  4. eh wan ni

    belum ada, tunggu hingga kerja selesai dulu

    mahu berehat dulu lagi dua tahun (ya2 je merancang)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih banyak kaklong nuzula sebab sudi nak letak link blog akak yg tak seberapa ni... :D

    mana tahu akak bercd.... ?

    ReplyDelete
  6. ye ke Mas? ehm... hehe saje jer.. ngusik Mas

    ok lah tu... :)

    ReplyDelete
  7. wah, dah lama rupanya kak wan meng CD kan anak..saya baru tau pasal modern CD ni tahun lepas,aritu ada tanya hubby sebab teringin juga nak CD kan mikael..tapi dia macam tak sokong je, leceh katanya..

    ReplyDelete
  8. Kak wan, sebab akak penah masuk satu giveaway yg dianjurkan oleh sarah rahim kan??! Saya boleh ingat akak sbb owner comel lote :D

    ReplyDelete
  9. Oh ya kak wan, ada masa nanti akak cerita la brand2 CD yg akak dah guna, dari 2 thn lps lg tu... (agaknya masa tu lunatots pun belum ada lg ek??)

    ReplyDelete
  10. ada hati juga nak try guna tapi hubby mcm tak nak buat pelaburan ni pulak. lgpun Fizah dah start toilet training. tengokla kalau dpt anak ketiga, (ntah bilala tu) Nur akan beli dr Anie. Eh! Anie jual cd ke?

    ReplyDelete
  11. Sirna: jika betul2 nak bercd mesti bincang dengan partner akak husband sebab nanti nak dpt kerjasama mencuci dan menghandle cd2... kalu tak susah juga..

    kaklong nuzula; ingat eh... emm memang dah ada draft dah nak cerita tentang jenis2 cd yg penah akak guna.. tunggu next2 entry..

    nur: mula memang nak guna cd utk latih hakim toilet train waktu tu aiesyah baby, tapi hakim taknak pulak pakai sebab dah besar dah biasa dgn dd waktu tu..
    buat masa blum jual lagi yg baru... secondhand ada laa... nakker? :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.