Mar 16, 2010

Buku Wang Saku 2010

Wang bukan segala-galanya, tetapi hampir segala-galanya memerlukan wang
Sememangnya wang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita, jadi kita perlulah bijak menggunakannya. Jadikan Buku Wang Saku  sebagai panduan merancang perbelanjaan setiap hari. Tabiat ini perlu disemai di kalangan anak-anak sejak di bangku sekolah supaya menjadi kebiasaan apabila dewasa kelak. Amalan ini akan memberi kesejahteraan hidup kepada kita di masa hadapan.
Buku Wang Saku ini dikeluarkan oleh Bank Negara terdapat dalam 2 bentuk, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Buku untuk Pelajar Sekolah Menengah masih sesuai digunapakai oleh pelajar IPT dan juga orang dewasa seperti saya dan suami. Jadikan amalan mencatat segala aliran wang masuk dan keluar supaya dapat dikenalpasti corak perbelanjaan kita setiap hari/bulan/tahun.

Kalaupun tidak banyak, sedikit pun wang yang kita simpan setiap hari amat bermakna. Jika boleh agihkan sedikit dari wang belanja kita setiap hari untuk dimasukkan dalam satu tabung.
Buku ini diberikan percuma di Bank Negara Malaysia, dijual di MPH BookStore dengan harga RM1.50, jika ada yang nak dapatkan buku ini berserta Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga boleh tinggalkan email anda di kotak komen di bawah :)

3 comments:

  1. adik sy bgtahu dah dpt dah "BUku Pengurusan Belanjawan Keluarga" yg Anie hantarkan tu. Terima kasih banyak2 sekali lg. :D

    ReplyDelete
  2. buku wang saku 2011 tak de ker???

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails