Skip to main content

Melangkah ke Dunia WAHM, Apa yang Perlu Anda Lakukan?

Bercita-cita nak jadi WAHM dalam masa terdekat, 2 tahun lagi, 5 tahun lagi, 10 tahun lagi atau mungkin selepas pencen nanti? Perkara yang perlu dilakukan sebelum melangkah ke arah menjadi WAHM;

Kenalpasti Minat dan Kemahiran
Sudah tentu setiap dari kita mempunyai kemahiran dalam sesuatu dan minta dengan sesuatu, inilah masa kita perlu meneroka dan meneroka potensi diri yang ada di dalam diri. Mungkin ada di kalangan kita yang suka membuat kraftangan, memasak, menjahit, menulis, bercakap dan sebagainya. Apa yang perlu dilakukan cuma mengembangkan kemahiran sediada. Jika tidak berapa pasti dengan kemahiran yang ada, kenalpasti minat yang ada dalam diri. Senaraikan minat dan tuliskan yang mana paling minat, minat sedikit hinggalah paling kurang minat. Mulakan langkah pertama contohnya jika minat menjahit, cari dan masuk kelas atau bengkel jahitan di hujung minggu. Jika minat bercakap dalami suatu bidang yang membolehkan anda berkongsi tentangnya kepada masyarakat dan anda mendapat sesuatu darinya. Tidak rugi untuk mencuba kerana mungkin inilah permulaan untuk suatu yang besar kelak.

Perkembangkan Kemahiran dan Minat
Atau dengan kata lainnya, beritahu orang luar bahawa anda pandai buat sesuatu dan anda boleh bantu mereka untuk memiliki atau mendapatkan sesuatu. Jika pandai buat pizza dan roti, beritahu jiran dan kawan-kawan bahawa anda pandai buat pizza yang sedap dan roti yang lembut, mungkin ada yang teringin nak merasa pizza sedap yang lebih murah daripada pizza kedai. Jika anda handal bercakap dan sudah dalami bidang hartanah atau Takaful, beritahu orang sekeliling yang anda adalah agen bertauliah dan sedia membantu jika ada yang memerlukan khidmat jangan sampai menipu sudahlah.

Langsaikan Segala Hutang Tertunggak
Hutang pasti akan membebankan apatah lagi jika anda sudah tiada pendapatan tetap. Cuba sedaya upaya untuk melangsaikan segala hutang tertunggak terutama hutang kredit kad (jika ada). Kalau boleh selesaikan semua hutang yang ada atas nama kita kecuali mungkin hutang rumah. Hutang dengan orang perseorangan pun jangan lupa yer, sebab hutang ni walau 1 sen pun tetap dikira hutang.

Reserve Pendapatan
Sangat perlu untuk kita sediakan reserve bagi pendapatan kita sekurang-kurangnya 3 bulan. Jika gaji 4k bermakna anda perlu ada reserve 12k bagi tujuan kecemasan di saat tiada pendapatan nanti. Maklum sahaja pelbagai perkara boleh berlaku, andai sudah ada reserve pasti dapat memulakan hidup sebagai WAHM dengan hati yang tenang tanpa perlu memikirkan tentang ketidakcukupan wang perbelanjaan. Reserve ini juga perlu bagi mereka yang bekerja sepenuh masa.

Sediakan 1 Takaful Polisi dan 1 Takaful Perubatan
Bekerja sendiri bermakna anda perlu membuat beberapa perkara sendiri untuk diri sendiri. Kad perubatan misalnya sangat penting untuk membantu membiayai perbelanjaan perubatan. Secara tidak langsung anda tidak perlu untuk menggunakan wang reserve atau mengeluarkan wang simpanan bagi tujuan perubatan.
Takaful hayat sangat-sangat penting sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Tiada syarikat yang memberikan anda wang pampasan kerana anda bekerja di syarikat sendiri. Takaful hayat adalah antara perkara yang sangat bernilai yang ditinggalkan kepada anak-anak yang masih kecil jika sesuatu berlaku kepada anda.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...