Skip to main content

Ninja Star

Twinkle twinkle little star
How I wonder what u are
Up above the world so high
Like a diamond in the sky
Entry ini bukan untuk pertandingan nyanyian tapi kisah anak yang mahukan ibu buat star dengan paper, stail ninja star yang digunakan untuk melawan musuh tu... star 4 bucu.

Balik dari sekolah, hakim terus amik a piece of paper dan melipat-lipat konon macam pro lar... sekali tak jadi pun. Isk macamana ni... dah lupa lah tu nak buat macamana... :) jadi hakim minta ibu buatkan star untuknya. Termenung juga sebentar ibu dibuatnya sebab ibu tak reti sangat paper craft ni yang ibu tahu cuma buat kapal, kapal dan kapal. Ibu panggil perahu tapi hakim panggil kapal. Star ni kira senang ler jugak, macamana kalau hakim mintak buatkan burung, katak, dan binatang lain yang seangkatan dengannya. Kalu ular boleh la ibu gulung-gulung aje jadi melingkar macam ular :D

Nasib baik ada cik Google, ibu carik la "make a star with paper" mudahkan dengan teknologi yang ada semua benda yang anak minta boleh cari kecuali kasih sayang :P. Bertungkus-lumus ibu ikut step yang diberikan oleh youtube tapi still tak menjadi, nak lipat bisa senang tapi nak mencantum tu yang susah sket. At last abah pula sambung tolong cantumkan, Alhamdulillah menjadi.

Harini hakim minta buat star lagi sebab star yang haritu sudah koyak dikerjakan Umar. Cik google lagilah jawabnya, hari ni ibu dah pandai cantumkan.. ye! ye! ibu pandai buat star! Jika kurang kemahiran nak buat ninja star boleh tengok bantuan. Seronok juga bila dah bole buat sendiri tanpa bantuan, anak pun gembira sama. Jom kita belajar buat paper craft supaya tidak lah tercengang-cengang bila anak minta itu dan ini. Pasti seronok!
Ini hasil kerja tangan ibu, sama tak dengan star dalam gambar? Lepas ni ibu buat color-color pulak

Amaran: Elakkan melayang Ninja Star ke arah manusia dan binatang, elakkan kecederaan mata, hidung, mulut dan seluruh anggota keluarga.

Comments

  1. jadi elok tu Ninja Star. Hr tu sy gi belajar buat origami dr org2 Jepun yg duduk kat sini. berpeluh2 jugak nak buat bentuk burung, kotak dgn chicada(mcm biawak).

    ReplyDelete
  2. belajar sendiri dengan orang jepun lagi best... saya belajar dengan org jepun jugak tapi thru google jerk :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.