Apr 3, 2010

1st Anniversary

Pejam celik pejam celik rupanya sudah setahun saya berniaga secara online, bermula dengan hanya berniaga pakaian kanak-kanak, sekarang terdapat juga jubah dan t-shirt ibu menyusu, aksesori bayi seperti bedung dan barut, dan yang terbaru tepung kek coklat segera.

Setahun adalah tempoh percubaan bagi saya ibarat bayi yang baru nak belajar bertatih, banyak lagi perkara yang saya perlu belajar. Bermula dari suka-suka sekarang saya perlu lebih serius jika mahu pergi jauh dalam bidang ini. Saya hanya perlukan sokongan yang berterusan daripada anda semua, keluarga terdekat sudah tentu sekali terutama suami tercinta yang sentiasa memahami dan menyokong apa sahaja yang saya lakukan. Anak-anak yang mengerti dan memahami bila ibu masa bekerja dan bila masa bermain bersama.

Alhamdulillah, cita-cita untuk memiliki Shopping Cart sendiri telah tercapai, segalanya dilakukan sendiri demi kepuasan walaupun terpaksa bersengkang mata saban malam. Artikel berkenaan kedai online saya pernah disiarkan di dalam Kosmo bertarikh 09/09/09 dan Majalah Feminin & Family keluaran Feb 2010. Gambar blog yang ada di Kosmo itu adalah rupa wajah blog yang mula-mula saya bina dan header itu adalah hasil cantuman dan tampalan menggunakan Paint (waktu tu belum ada Adobe hehe)

Di sebelah atas adalah blog comellotecollecton.blogspot.com dan bawah shopping cart www.comellote.com
Saya sangat mempelawa anda semua untuk datang melawat dan menyinggah :)

8 comments:

  1. Terima kasih banyak Nur, saya sangat menghargainya :D

    ReplyDelete
  2. tahniah wan! walau baru setahun, kemajuannya diiktiraf sebab dah boleh masuk dlm akhbar dan majalah. semoga terus sukses.

    ReplyDelete
  3. terimakasih kakchik, belum apa2 pun jika nak dibandingkan dengan kakchik dan ramai lagi usahawanita2 lain... masuk akhbar dan majalah tu pun kira rezeki kakchik :)

    ReplyDelete
  4. memang rezeki tu wan. kakchik pun masih dlm perjalanan, belum betul2 mantap lagi.

    ReplyDelete
  5. hidup memang x lekang dari proses belajar....

    saya pun teringin nak ada kedai macam kakchik.... huhu

    ReplyDelete
  6. Tahniah pd kak wan... sy juga berharap dpt pergi jauh dlm biz seperti kita lakukan nih.. semoga akak sukses selalu.. ikhlas dari Boutique Qalesha.. ;-)

    ReplyDelete
  7. Qalesha: jom sama2 kita belajar berbusiness dan pelajarkan anak-anak dengan ilmu bisnes sedari mereka kecil

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails