Apabila berjumpa kawan dan berkata "Saya bekerja sendiri di rumah" ramai yang mengatakan "Wah, senang lah bekerja di rumah, boleh buat sesuka hati" Tetapi hakikatnya ramai yang tidak faham atau mungkin tidak tahu cabaran bekerja di rumah lebih tinggi jika dibandingkan dengan kerja di pejabat. Mari saya kongsikan di sini dan sama-sama kita analisa, semua ini adalah pandangan peribadi saya jadi anda berhak untuk bersetuju atau sebaliknya.
1. Masa bekerja vs Bila nak bekerja?
- Kita ke pejabat setiap hari bekerja memang lah untuk bekerja kan? Kecuali lah jika anda takde mood nak kerja tapi terpaksa ke tempat kerja kerana tanggungjawab, pokoknya pejabat itu memang tempat bekerja. Bila berada di rumah jika tiada jadual yang khusus, kita tercari-cari bila masa nak bekerja sebab asyik melayan anak-anak dan kerja rumah yang tiada kesudahan.
2. Selesa vs Selerak
- Setiap pejabat selalunya ada cleaner yang tolong bersihkan lantai, lapkan meja jika tertumpah air atau berhabuk dengan biskut, tapi jika tiada pembantu di rumah takkan nak dibiarkan saja air dan biskut berterabur di lantai dan meja. Ada ke cleaner nak datang rumah tolong lapkan? Sudah tentu kena pause kerja sekejap dan beri tumpuan pada anak dan kawasan yang berselerak itu. Ini belum lagi termasuk anak yang terkencing di atas tangga, karpet dan sebagainya.... fuh mudahkan kerja di rumah?
3. Apa nak makan? vs Apa nak masak?
- Munasabah ke kalau di pejabat kita masak jika nak makan? Kecualilah ada yang masak maggi... ada ker? Pening fikirkan apa nak makan, nasi berlauk, pizza, makanan segera, mee dan kat mana nak makan, kedai Cik Gayah, gerai KakYah, KLC atau Restoran Mamak Lingam. Berbeza jika di rumah bila perut terasa lapar, teringin nak makan udang masak merah, tapi takde pulak stok udang, yang ada ikan dan ayam... hmm apa nak masak?
4. Jom kerja vs Jom main
- Bila di pejabat InsyaAllah kita bekerja tanpa gangguan jika adapun kadang-kadang boss datang bertanyakan kerja dah siap ker, progress macamana? Gangguan bekerja di rumah pula selalunya anak-anak lah "Ibu, nak berak" "Ibu, nak susu, nak nasi, nak dukung" dan macam-macam lagi. Dapat bekerja dengan tenang bila anak-anak tidur serentak, jika tidak....
5. Waktu rehat vs Waktu tidur
- Waktu yang paling ditunggu-tunggu jika bekerja di pejabat adalah waktu rehat dan waktu balik, tapi jika di rumah waktu yang ditunggu-tunggu adalah waktu yang tiada gangguan aka waktu bersendirian.
Senang dan rilek ke berada di rumah? Jika berada di rumah setiap hari pasti merindui masa-masa bekerja dengan rakan-rakan. Berbeza bagi yang setiap hari stress dengan kerja pasti ada masa terfikir untuk berehat sahaja di rumah kan? Apa-apa pun pilihan adalah yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.
Notakaki: Aiesyah minta ibu temankan dia "Ibu, jom kita tengok ABC sama-sama" Sambil-sambil tu ibu ambil buku untuk dibelek "Ibu, tutup buku tu arr, nanti nyamuk mari" Ok! Anak sentiasa inginkan perhatian, walau seharian ibu ada di depan mata tetap tidak sama dengan berada di sebelah dan bersama-sama.

persoalan k.wan ni sll menghantui saya...huhu..moga sama2 tabah menghadapinya...
ReplyDeletesusah jugak bekerja dari rumah.kalo diberi peluang pun me tak sanggup :P
ReplyDeletewan, mmg kagum kepada ibu2 yg boleh bekerja dirumah dalam masa yg sama melayan kerenah anak2. Impian saya pun macam tu juga.. at least boleh tengok anak2 membesar depan mata.. dan 100% dibawah jagaan dan didikan dari kita, (itu lebih afdal) bukannya anak2 membesar ditangan pengasuh.
ReplyDeleteSitisifir10: yup.. tabah dan sabar, InsyaAllah
ReplyDeleteelissmie: tukarkan yang negatif kepada positif, InsyaAllah pasti ada kelebihannya
Ida: saya doakan yang terbaik untuk Ida juga :D
insyaAllah berazam suatu hari akan bekerja dari rumah tak kiralah bisness atau bekerja.
ReplyDeleteSaya juga doakan untuk Cikgu Murnie, semoga segala impian akan tercapai jua InsyaAllah.
ReplyDelete