Skip to main content

Rainbow Baby Cloth Diaper : Review

Rainbow BB Cloth Diaper seperti namanya memang sangat sesuai untuk baby, sangat disarankan kepada ibubapa yang ingin memulakan pemakaian cd kepada baby yang baru lahir. Cutingnya lebih pendek berbanding Coola Baby dan kemasan jahitan di tepi peha juga lebih berbanding Coola Baby cd. Sangat sesuai untuk bayi yang kecil atau anak yang kurus. Kurang sesuai untuk anak yang comel dan chubby kerana mungkin akan tinggalkan bekas di peha. Maklumlah anak yang comel dan chubby pasti peha pun sedap kan? :D
Beza panjang Rainbow BB dan Coola Baby CD, insert hampir sama.
Jika diikutkan panjang apabila diregangkan Rainbow dengan Coola Baby lebih kurang sama sahaja, mungkin disebabkan kemasan jahitan di bahagian tengah menjadikan cd Rainbow Baby tertarik dan kelihatan lebih pendek. Pengguna cd Rainbow BB ini kebanyakan sangat berpuas hati dengan cd ini kerana tidak berlaku kebocoran mungkin disebabkan lekukan jahitan di tepi itu dapat mengelakkan kebocoran. (Selama saya gunakan Coola Baby pun tidak pernah berlaku kebocoran, pastikan pakai kemas pada bahagian peha baby, seperti yang saya sebut sebelum ni, biar terlebih ketat, jangan longgar)

Material yang digunakan juga sama seperti Coola Baby, outer daripada PUL dan inner yang lembut diperbuat daripada Microfleece. Baca review saya tentang Coola Baby CD di sini.

kiri: Rainbow BB, kanan: Coola Baby
Rainbow BB CD berbeza dengan Coola Baby CD dari segi kemasan jahitan di bahagian bawah peha dan tempat masukkan insert, mempunyai lapisan atas yang mengelakkan insert daripada terkeluar, nampak kemas bila dipakai. Insert lebih tebal sedikit berbanding Coola Baby dengan daya serapan yang sama. Untuk baby yang baru lahir sehingga 6 bulan 1 insert sahaja sudah memadai bertahan selama 4-5 jam. Pada waktu malam disarankan menggunakan 2 insert supaya baby tidur lebih lena kecuali baby poo kenalah tukar (tak boleh tidak dan tak boleh tunggu pagi).

Baru nak mulakan cloth diapering untuk baby yang akan dilahirkan nanti, Rainbow BB CD sangat sesuai dicuba. 1 CD disertakan dengan 2 inserts. CD ini terdapat dalam snap button dan velcro, jenis velcro lebih sesuai untuk baby bagi kemasan pinggang dan menepati citarasa pinggang baby yang comel tu :)

Comments

  1. ni yg mula terfikir2 nk beli rainbow utk ahmadi ni.....

    ReplyDelete
  2. salam kak wan, saya dah mula juga berjinak-jinak ngan CD ni; sy beli jenama l******* tu..bukan coolababy la, sekrg br ada 4, tp cam kurang puas hati sebab setiap 4 jam je dah bocor kat tepi,nk kata tak pakai kemas dan ketat dah buat dah..pastu kalau malam letak 2 lapis insert tu jd cam tebal gedeboh sgt, baby nmpk cam tak selesa je...camana ye kak? ada opinion?

    p/s: sy belum sempat lagi byr duit buku wang saku tu, maklumla dlm pantang haritu, insyaAllah nanti sy dah bank in sy email kak wan

    ReplyDelete
  3. Ye, sy rasa cd rainbow paling sesuai utk newborn n bg baby yg jenis kecik/ kurus (utk kategori poket cd harga ekonomi la)... :)

    p/s: Saya dah reply email akak. Sorry lambat sbb balik kg mggu lps.

    ReplyDelete
  4. Sitisifir10: beli jgn tak beli.. pssst nak beli dari saya pun boleh saya bagi spesel rega kat pija

    sirna: cd tu baru beli ke dah lama? jika baru masalah bocor bila baby pee tu biasa sbb cd tak serap sepenuhnya, kena bersabar... lama2 InsyaAllah ok.

    Bergantung pada ketebalan insert, macam akak yg dah bertimbun insert ni akak gabungkan yg 2 layer dan 3 layer jadi x lah nampak gedeboh sgt.. :) kita jer nampak baby macam tak selesa, tapi baby InsyaAllah ok sebenarnya ;)

    buku tu xde hal la...

    kaklong nuzula: betul..x3
    patut ler lama duk menunggu bila kaklong nak reply email.. ok thanks :)

    ReplyDelete
  5. salam ziarah...good review on these CDs...i love it

    ReplyDelete
  6. salam Ina Hashim, love it? thanks :)

    ReplyDelete
  7. wan anie,
    kakyong pun ade pakaikan CD rainbow utk aliya..
    aliya ni cutting kecik.. kalo coola adjust saiz S, tp rainbow adjust saiz M..

    cuma rainbow ni bila nak masukan kan insert tu, rasa ketat sket, tak tau lah ke tgn kita yg oversize.. hahah... kena kemas2 kan betul2..

    kakyong la ni insert dah byk.. main tukor2 jer insert coola masuk dlm rainbow or minky...

    wan anie - pija@sitisifir pun jual CD jugak tu.. ;)

    ReplyDelete
  8. kakyong,
    untung kalu anak kecik bole pakai lama rainbow cd

    memang ada pocket cd yang susah sket nak masukkan insert, kalu tengok dari segi saiz, cd rainbow lebih slim compare to coolababy tapi insertnya sama jer...

    haah tau... saje jer :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.