Skip to main content

Coolababy Cloth Diapers :Review

Coolababy Cloth Diapers antara CD yang paling diminati oleh ramai ibu-ibu moden sekarang termasuk saya sendiri. Coolababy adalah CD keluaran China yang terawal dikeluarkan antara CD dengan kualiti yang sangat bagus dari segi material.

Coolababy mengeluarkan lebih daripada 12 warna menarik dan setiap CD biasanya dijual dengan 2 keping insert (kain yang dimasukkan ke dalam pocket CD dijahit 3 lapis daripada material microfiber). Buat masa sekarang Coolababy CD belum lagi mengeluarkan CD jenis printed. Lapisan luar Coolababy CD diperbuat daripada PUL atau Polyurethane Laminate yang bertindak sebagai penghalang kebocoran. PUL sangat nipis dan breathable, boleh dibasuh menggunakan washing machine dan dikeringkan.Lapisan dalamnya pula adalah microfleece yang sangat lembut memastikan kulit bayi sentiasa kering dan selesa.


Bagi ibubapa yang ingin menggunakan cloth diaper dengan kekangan budget elok mencuba Coolababy CD, murah tetapi tetap berkualiti kerana saya telah menggunakan Coolababy CD hampir 2 tahun. Terdapat 3 jenis cd yang dikeluarkan oleh Coolababy;

1. Pocket cd jenis snap button
- Jenis yang pertama dikeluarkan dan mudah dicuci,mempunyai 8 button untuk diselaraskan mengikut saiz pinggang anak. Bagaimanapun agak sukar untuk mendapat kemasan ideal bagi bayi yang masih kecil. (tips menggunakan snap button kemaskan biar terlebih ketat)


2. Pocket cd jenis velcro
- Menyamai disposable diaper, perlu dilekatkan velcro pada tabnya untuk mencuci. Sangat dicadangkan kepada ibubapa yang baru hendak menggunakan cd, senang dipakai dan mudah diselaraskan mengikut saiz anak. CD jenis velcro juga mudah dibuka oleh anak sendiri, sesuai untuk bayi dan anak yang potty train.


3. Cloth Diaper jenis All In One (AIO)
- Cepat dan praktikal kerana tidak perlu bersusah untuk masukkan insert kerana insert telah tersedia dijahit. Sesuai untuk bayi, juga terdapat dalam bentuk snap button dan velcro. CD jenis AIO lambat kering berbanding pocket cd biasa kerana lebih tebal.



Kiraan budget untuk ibubapa yang ingin menggunakan cd Coolababy

1 cd dengan 2 insert mampu bertahan 5-6 jam untuk anak yang normal
1 cd untuk pagi (7am - 12pm)
1 cd untuk petang (12pm - 6pm)
1 cd untuk malam (6pm - 12am)
1 cd untuk tengah malam ke pagi (12am - 7am)
*Jam bertukar mengikut rutin harian anda, biasanya anak akan poo setiap hari dalam waktu yang hampir sama, ubahsuai mengikut situasi.


4-5 cd diperlukan sehari, katakan anda basuh cd 2 hari sekali bermakna anda perlukan bekalan cd untuk 3 hari;
3 hari x 5 cd = 15 cd
15 cd x RM30 = RM450

Budget sebulan RM120 dapat 4 cd setiap bulan atau
Budget sebulan RM100 dapat 3 cd setiap bulan.

RM450 untuk 15cd ini cukup untuk kegunaan anak dari lahir sehingga 3 tahun atau potty train.
RM450 untuk 10 paket Disposable Diapers yang berharga RM45 untuk kegunaan 8 - 10 bulan sahaja.

Notakaki: Ibu hanya belikan 1 cd sejak Umar lahir kerana bekalan cd yang digunakan oleh Aiesyah masih mencukupi.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...