May 20, 2010

Apa Nak Buat Lepas Baru Dapat CD

Masih baru dalam penggunaan dan pengendalian CD, atau masih ragu-ragu untuk menggunakannya kerana banyak perkara yang masih samar-samar?


Teringat suatu dahulu keika kali pertama saya membeli cd tidak sabar untuk melihat, menyentuh dan merasa kegebuan cd yang dibeli. 2 hari terasa begitu lama....... bila cd dah dapat excitednya kemain tapi tak tahu nak buat apa dulu, nak basuh macam sayangnya, bila terkena air lembutnya fabrik insert dan cd membuatkan tidak sabar untuk diletakkan di badan anak.

Periksa CD
Bila dah dapat kenalah check dulu, QC sama ke dengan yang kita order nanti order 2 insert tapi dapatnya 1, order jenis AIO tapi dapatnya pocket cd.

Basuh CD Baru
- Jenis pocket cd biasanya dijual bersama insert (diperbuat daripada microfiber untuk menyerap basahan) ada yang 1 insert dan ada yang dijual dengan 2 inserts.
- Tidak kira jenis pocket cd atau All In One semuanya perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan
- Insert perlu dibasuh untuk menghilangkan kesan-kesan minyak dan kotoran/habuk semasa proses pembuatan (sama seperti pakaian) dengan air bersih tanpa sabun dan dikeringkan. Proses basuhan diulang 3 kali untuk memastikan insert dapat menyerap sepenuhnya. Pocket cd sudah boleh digunakan selepas sekali atau 2 kali basuhan.
- Untuk memastikan pocket cd dan insert telah sedia digunakan, masukkan insert ke dalam pocket cd dan curahkan air dalam 1/2 gelas perlahan-lahan, jika tiada bocoran, insert dapat menyerap air bermakna cd dan insert sudah boleh digunakan.
- Bagaimana nak basuh hanya 3 ketul cd dan 6 ketul insert dalam mesin basuh? Lebih elok jika dibasuh menggunakan tangan sahaja jika cd tidak cukup banyak, diramas-ramas dan digosok-gosok manja kemudian lepas perah tumpangkan dalam mesin basuh (spin terakhir baju anak-anak).

Adjust Size CD
- Lepas dah boleh dibasuh berkali-kali (jangan salahkan penjual jika cd yang baru beli bocor sebab kalis air kerana tidak dibasuh dengan sempurna)
- Adjust button yang di depan (CD jenis One Size) mengikut saiz anak samada S, M atau L. Umar dari baby sehingga sekarang 11 bulan masih bersaiz M.
- Masukkan insert (1 atau 2) bergantung kepada tahap pengeluaran cairan perkumuhan anak anda. Jika baby bawah 6 bulan 1 cd sudah memadai tapi jika baby sudah setahun lebih elok dipakai 2 cd sekali gus, sebab 1 cd boleh serap sekali pee jer, bila pee kedua mungkin boleh bocor bila insert dah penuh.
- Wing yang di kiri kanan mesti berada di atas peha (jangan terlalu jauh jarak... faham ker?) sebab bila anak bergerak, cd akan turun ke bawah dan ada ruang di bawah peha yang boleh menyebabkan kebocoran. Ini yang selalu saya cakapkan pakai biar ketat. Kebocoran seperti ini biasa berlaku kepada anak perempuan.

picture credit to azimahas.blogspot.com

Saya tidak pasti anak ini berapa usianya tapi saya jangka dalam 2 tahun, dia memakai saiz L. Lihat gambar 3, kecikkan cd di bawah paha (tarik ke dalam) untuk memberi keselesaan kepada anak untuk berjalan, sama seperti pemakaian dispo diapers juga.
Asingkan CD yang telah digunakan
- Asingkan cd yang telah digunakan dengan pakaian anak, keluarkan insert dan bilas berkali-kali hingga hilang bau dan kesan (jika tidak rendam sekejap dengan sabun) dan bilas kembali. Keringkan menggunakan mode spin dan jemur di bawah terik matahari untuk menghilangkan bau dan warna yang kurang menyenangkan. InsyaAllah cd dan insert akan kembali putih seperti biasa.


Sabun Basuhan CD
- Gunakan sabun Hypo-Allergenic atau sabun biasa yang tiada enzim, tiada clorox, tiada softener. Sabun biasa seperti Top, Trojan boleh digunakan dengan sukatan 1/4 sahaja jika cucian separuh mesin, kalau 3 ketul cd dan 6 ketul insert tu agak-agaklah banyak mana sabun nya yer :D

4 comments:

  1. aku ni pemalas..huhu.memang tak sesuai nak cd kan anak!

    ReplyDelete
  2. Diha baru ada satu aje CD, tapi tak rasmi lagi.hehe.

    ReplyDelete
  3. elissmie, betul ke pemalas? bila dah ada anak automatik ibu jadi rajin ;)

    kalau dapat pasangan yang rajin takpe malas sket2 tu hihi :D

    ReplyDelete
  4. unlisted_one, ni mesti kes sayang nak guna.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails