Skip to main content

Ayoh Cik Accident masih di ICU

Bismillah

Berhari-hari tiada entry baru di blog. Berkursus 3 hari 2 malam pada 27 - 29 April.

Hari Sabtu mendapat perkhabaran yang agak mengejutkan pakcik accident pada Jumaat malam ketika hendak ke masjid (solat maghrib) berhampiran dengan rumah. Bapa saudara yang agak rapat dan mesra dengan panggilan Ayoh Cik seorang yang suka senyum dan bila dia ketawa membuatkan semua orang hendak ketawa bersama. Berita yang kami terima Ayoh Cik dilanggar dari belakang dan orang melanggar Ayoh Cik tu melarikan diri. Ayoh Cik terus pengsan kerana ada pendarahan di kepala dan di bawa oleh jemaah masjid ke Hospital Jerteh, selepas 2 jam terus di bawa ke HUSM Kubang Kerian dan malamnya pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan darah beku di kepala. Sehingga ke hari ini Ayoh Cik masih koma dan kecederaannya agak serius

Selepas berbincang dengan suami kami bertekad untuk pulang ke kampung melawat beliau di ICU, HUSM Kubang Kerian. Kami bertolak sekitar jam 11.30 malam (Sabtu) dan sampai di kampung dalam pukul 9 pagi. Selepas berehat seketika, bersiap2 dan terus ke HUSM Kubang Kerian, sampai di sana jam 11.30 pagi terus berjumpa dengan MakCik Som (adik ibu saya) isteri kepada Ayoh Cik dan anak-anak. Makcik Som kelihatan sangat sebak kerana dr beritahu keadaan Ayoh Cik serius.

Untuk pengetahuan Makcik Som telah diserang angin ahmar (stroke) pada bulan Ramadhan tahun 2008 secara tiba-tiba selepas terjatuh di tangga masjid. Alhamdulillah sekarang keadaan Mak Cik Som semakin baik walaupun masih perlukan bantuan untuk bergerak. Sebelum ini Ayoh Cik yang selalu menemani Makcik Som selepas pencen beberapa tahun lepas, dari kerja rumah hingga urusan makan Ayoh Cik buat.

Selepas melawat Ayoh Cik kami terus bertolak pulang, sampai di rumah jam 9.45 malam semalam. Kami akan terus berdoa dan berdoa semoga Allah berikan yang terbaik untuk keluarga Ayoh Cik dan Makcik Som kerana Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu. Pada yang membaca coretan ini minta turut berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan Ayoh Cik Makcik Som dan keluarga.

Comments

  1. ass'kum, semoga ayah cik sembuh dari kecederaanya, buat makcik som & keluarga semoga tabah & diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Kerana saya amat memahami situasi makcik som kini walaupun saya tidak mengenalinya kerana saya pernah merasainya.. Doa akan saya iringi semoga ayah cik sedar dari kecederaannya itu... InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..I doakan semua akan berakhir dengan perkara baik dari Allah..Hanya DiA yang Maha Mengetahui akan segalanya..Somoya Ayoh Cik awak sentiasa dilindungiNya..Aminn...

    ReplyDelete
  3. Ayoh Cik telah kembali ke Rahmatullah pagi ini, minta disedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

    terima kasih banyak Impian Isma dan Imma kerana prihatin dan kepada semua yang mendoakan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...