Bismillah
Berhari-hari tiada entry baru di blog. Berkursus 3 hari 2 malam pada 27 - 29 April.
Hari Sabtu mendapat perkhabaran yang agak mengejutkan pakcik accident pada Jumaat malam ketika hendak ke masjid (solat maghrib) berhampiran dengan rumah. Bapa saudara yang agak rapat dan mesra dengan panggilan Ayoh Cik seorang yang suka senyum dan bila dia ketawa membuatkan semua orang hendak ketawa bersama. Berita yang kami terima Ayoh Cik dilanggar dari belakang dan orang melanggar Ayoh Cik tu melarikan diri. Ayoh Cik terus pengsan kerana ada pendarahan di kepala dan di bawa oleh jemaah masjid ke Hospital Jerteh, selepas 2 jam terus di bawa ke HUSM Kubang Kerian dan malamnya pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan darah beku di kepala. Sehingga ke hari ini Ayoh Cik masih koma dan kecederaannya agak serius
Selepas berbincang dengan suami kami bertekad untuk pulang ke kampung melawat beliau di ICU, HUSM Kubang Kerian. Kami bertolak sekitar jam 11.30 malam (Sabtu) dan sampai di kampung dalam pukul 9 pagi. Selepas berehat seketika, bersiap2 dan terus ke HUSM Kubang Kerian, sampai di sana jam 11.30 pagi terus berjumpa dengan MakCik Som (adik ibu saya) isteri kepada Ayoh Cik dan anak-anak. Makcik Som kelihatan sangat sebak kerana dr beritahu keadaan Ayoh Cik serius.
Untuk pengetahuan Makcik Som telah diserang angin ahmar (stroke) pada bulan Ramadhan tahun 2008 secara tiba-tiba selepas terjatuh di tangga masjid. Alhamdulillah sekarang keadaan Mak Cik Som semakin baik walaupun masih perlukan bantuan untuk bergerak. Sebelum ini Ayoh Cik yang selalu menemani Makcik Som selepas pencen beberapa tahun lepas, dari kerja rumah hingga urusan makan Ayoh Cik buat.
Selepas melawat Ayoh Cik kami terus bertolak pulang, sampai di rumah jam 9.45 malam semalam. Kami akan terus berdoa dan berdoa semoga Allah berikan yang terbaik untuk keluarga Ayoh Cik dan Makcik Som kerana Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu. Pada yang membaca coretan ini minta turut berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan Ayoh Cik Makcik Som dan keluarga.

ass'kum, semoga ayah cik sembuh dari kecederaanya, buat makcik som & keluarga semoga tabah & diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Kerana saya amat memahami situasi makcik som kini walaupun saya tidak mengenalinya kerana saya pernah merasainya.. Doa akan saya iringi semoga ayah cik sedar dari kecederaannya itu... InsyaAllah.
ReplyDeleteInsyaAllah..I doakan semua akan berakhir dengan perkara baik dari Allah..Hanya DiA yang Maha Mengetahui akan segalanya..Somoya Ayoh Cik awak sentiasa dilindungiNya..Aminn...
ReplyDeleteAyoh Cik telah kembali ke Rahmatullah pagi ini, minta disedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
ReplyDeleteterima kasih banyak Impian Isma dan Imma kerana prihatin dan kepada semua yang mendoakan.