Selamat pagi Khamis, hari yang berkat banyak perkara sunat yang boleh dilakukan hari Khamis ni antaranya puasa sunat dan potong kuku. Ibu ni kena puasa wajib sebab qada' puasa belum habis lagi.
Dugaan ibu beranak 3 yang menjaga sendiri anak-anaknya, ada waktu ibu rasa cukup bahagia bila anak-anak buat hal sendiri, main sesama diorang dan berkemas cara diorang, sedar dah berkemas satu sudut yang tak payah lah ibu nak cerita panjang lebar, sesiapa yang punya anak dalam lingkungan umur 1-3 tahun pasti tahu maksud ibu. Bila anak berkemas 30 minit, ibu kena kemas balik hampir 1 jam. Dah nama anak-anak itu lah dia.
Bila tiba waktu solat, ada waktu anak-anak sangat faham bila ibu cakap nak solat dan tak kacau, tapi ada juga waktu yang diorang duk tersengih kat depan sejadah..... kadang tu si Umar panjat belakang bila ibu sujud. Umar dah pandai menyakat kakaknya sekarang, buat muka dan menjerit bila kakak Aiesyah ambil barang dari tangannya. Aiesyah cukup penyabar, walau dipukul Umar dia tetap tersengih dan menganggap sebagai gurauan sahaja. Kakak yang pandai bergurau dan bermain dengan adiknya dan jarang ambil hati bila kena marah dengan Abang Hakim kecuali bila kena pukul. Abang Hakim pula sangat pandai mengagah Umar dan selalu mengusik Aiesyah, dalam mengusik pandai pula dipujuknya supaya Aiesyah cepat reda.
Anak-anak ibu bila semua ada gamatnya suasana rumah ni, bila malam pula masing-masing berebut nak duk di celah ketiak ibu ni, kadang-kadang berebut abah mereka. Aiesyah dan Hakim lah yang ketara bersaing dalam apa sahaja, mandi, pakai baju, habiskan susu dan macam-macam lagi. Jika siapa siap dahulu dialah yang menang, tapi dalam kebanyakan hal Hakim sering ingin mendahului, bila Aiesyah siap dahulu pasti disuruhnya Aiesyah slow sket bagi dia jugak menang.
Walau penat, walau kelam kabutnya ibu setiap hari dengan 3 anak ini ibu tidak pernah mahu kehilangan salah seorang dari anak-anak ibu kerana kamu semua adalah pelengkap hidup ibu dan abah. Kamu semua yang ibu dan abah ingin didik menjadi anak yang berguna dan berjaya dalam kehidupan masing-masing kelak.

setuju sesangat...biarlah apa org kata, tp kita yg merasa..yg pasti kalo bab anak2 ni mereka lah segalanya...
ReplyDeletebetul tie, membesarkan anak2 ni byk cabarannya lagi besar anak2 lagi besar cabaran, kalau dah namanya ibu ke mana saja pergi mesti anak ada dlm hati :D
ReplyDelete