May 31, 2010

Cloth Diapering Bayi Baru Lahir

Ramai yang menanti saat untuk melahirkan bayi dan ramai juga yang menunggu bayi membesar dengan sihat dan riang di dalam rahim masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua ibu, bakal ibu semua kerana telah menjadi orang yang diangkat darjatnya sehingga syurga diletakkan di bawah kaki ibu.

Ada beberapa ibu yang menunggu saat melahirkan bayi pertama tidak lama lagi bertanya kepada saya, bagaimana hendak menggunakan cd kepada bayi mereka dan kalau boleh mereka tidak mahu membeli dispo diapers. Wah... tahniah dan saya sangat gembira sebenarnya dengan ibu-ibu muda ini yang membuat perancangan teliti untuk memberikan yang terbaik kepada bayi yang bakal dilahirkan nanti. Begitu juga dengan kesedaran untuk menyusukan anak dengan susu semulajadi susu yang hanya dikeluarkan oleh wanita yang bergelar ibu.

Bayi yang baru lahir perlu ditukar lampin setiap 2-3 jam sekali kerana badan mereka mengeluarkan banyak bahan kumuhan di awal kelahiran. Untuk memastikan anda mempunyai stok lampin yang mencukupi anda perlukan sekurangnya 20 keping cd;
24jam / 3jam = 7 keping sehari

Gunakan 1 insert sahaja
Jika cd dibasuh setiap hari atau 2 hari sekali, bermakna 20 keping itu sedang elok lah. Jangan risau, bayi hanya perlukan 1 insert sahaja, insert satu lagi boleh dijadikan insert extra jika insert lambat kering. Rata-rata pocket cd hanya perlukan kurang dari 2 jam untuk kering sepenuhnya manakala insert pula 5-6 jam untuk kering selepas di jemur di bawah terik matahari. Jemur pocket cd dengan bahagian inner mengadap cahaya matahari untuk menghilangkan warna kekuningan akibat terkena kotoran bayi.

Gunakan bersama Nappy Liner
Ini yang saya praktikkan ketika memakaikan cd kepada Umar semasa baru lahir. Lapikkan nappy liner di atas cd (letak atas inner) jika bayi poo tidak banyak, hanya gantikan nappy liner dan lapkan bayi dengan wet tissue, boleh gunakan cd yang sama. Anda boleh jimatkan penggunaan cd dan memudahkan cd untuk dibasuh kerana poo tidak melekat pada cd. Terpulang untuk menggunakan nappy liner jenis washable, flushable atau disposable. Nappy liner sangat membantu saya dan sentiasa gunakan selagi stok masih ada (sampai sekarang pun tak habis-habis lagi, boleh simpan untuk anak seterusnya pulak :) ) Harga nappy liner pun tidak lah mahal, sekotak yang mempunyai 100 helai dalam rm20 - rm30 gitu.

Picture from google, contoh cd yang digunakan bersama nappy liner

Gunakan sabun Pureen HAD
Boleh juga digunakan sabun pencuci yang lain tapi saya suka menggunakan yang ini, harga sabun ini dalam RM16 dalam bentuk serbuk cucian atau cecair. Sabun ini saya gunakan untuk cucian cd dan pakaian bayi sahaja, sebaiknya cd dan pakaian bayi dibasuh berasingan. Untuk 30 keping cd termasuk insert (15 cd + 15 insert) saya gunakan sukatan air medium dan 1/4 sudu sukatan sabun sahaja. Jangan gunakan sabun yang mempunyai enzim, peluntur dan juga softener kerana bahan ini akan merosakkan cd dan mengurangkan daya serapan cd. Sekali sekala rendam cd dengan cuka seperti yang saya ceritakan di entry ini.

4 comments:

  1. wah,..interesting info.saya baru nak blaja2 bg anak pakai CD. Thanks ya!

    ReplyDelete
  2. selamat bercloth diapering Nia... welcome to the cd club moms hehe

    ReplyDelete
  3. kakyong pun ade nasihatkan customer supaya guna nappyliner.. tp kakyong memang xde jual nappy liner..

    kakyong pun tak penah campur cuci Cd & pakaian anak2.. walaupun ade yg kata boleh campur, tp better dont lah kan..

    ReplyDelete
  4. kakyong,
    nappy liner menyenangkan kerja :)

    kalu cd yang dibasuh terlalu sedikit, penah juga saya campurkan dengan baju tapi kalu cd banyak yg nak dibasuh xde lah campur, yup better asingkan sebab cd ni bercampur dengan pee & poo.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails