Skip to main content

Jom Tengok Warna Warni Dunia Kami

Selamat bekerja pada semua terutama yang bekerja di pejabat dan juga tidak dilupakan pada yang bekerja di rumah dan di mana sahaja :D

Bagaimana dengan hujung minggu anda? Sebenarnya kami bercadang nak ke 3 tempat seperti entry sebelum ni, tapi kami sempat ke 2 tempat saja. Jakel tak sempat pergi sebab keluar dah lewat lagipun ramai sangat manusia, kami ke Tasik Shah Alam dan I-City. Jom tengok gambar warna warni dunia kami pada hujung minggu lepas. Layannnn....


Puas tak tengok gambar-gambar ni, kalu tak puas kenalah pergi sendiri ke I-City Shah Alam, kami pertama kali sampai ke sini tak tahu juga jalan nak ke sana pada mulanya.

Pada anda yang nak ke sini lebih senang menggunakan Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway), tuju saja Padang Jawa ada signboard ke I-City juga. Ikut jer jalan tu sampai jumpa simpang masuk ke I-City sebelah kiri, ada dua jalan utama ke sini, simpang pertama I-City masih dalam construction jadi anda kena ikut jalan kedua, jalan yang sama nak ke Jakel Shah Alam, pandu depan sikit jer masuk simpang belah kiri.

Kalau malam minggu pergilah awal kerana ramai manusia bertumpu ke sini, parking pun penuh jika lewat. Jaga anak-anak takut ada yang tak jumpa ibubapa pulak :)

Comments

  1. wah..akhirnya sampai di i-city yer :)

    ReplyDelete
  2. waa...tak leh jadik ni..kami yg dekat tak smp2 lagi ni...

    ReplyDelete
  3. elissmie,
    haah alhamdulillah dah sampai lama dah teringin nak ke sana...

    MamaYatie,
    jomlah tie anak-anak lah yang seronok bila kat sana :D

    ReplyDelete
  4. sweet jer anok2 anie nih! seronokkan tgk lampu comel2 ni... khawlah x gi lagi, kekanda2 jer g doh.. kena bowok khawlah lah pulok.. jakel pun kak latie teringin nak gi... kelmarin gi shah alam tapi panas, jd tak bowok gi jakel ah... sian ke budok2.

    ReplyDelete
  5. ummumishkah,
    haah sumer sweet mace ibu dia hihi :D

    kalu masuk dalam jakel tu sejuk sebab aircond cuma x thn ramai sangat orang... kesian kat anak-anak kalu pergi weekday lebih baik kut maklumlah tempat baru besar pulak tu ramai yg bertumpu kat situ

    ReplyDelete
  6. cantik..kena masuk senarai tempat utk dilawati nie..

    ReplyDelete
  7. kena ieda sementara masih FREE ni, mana lah tahu kut nanti jadi berbayar pulak kan... huhu harap sentiasa free :)

    ReplyDelete
  8. bila le dpt gi sini. jauh tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...