Skip to main content

Makan Malam Kami

Sekarang ni masih lagi petang tapi nak cerita pasal makan malam kami beberapa hari yang lepas. Ni kes malas masak sebab lauk pauk dah habis, bila kelaparan mulalah ajak semua makan kat luar. Hakim dan Aiesyah bila sebut jer nak keluar, memang suka sangat mereka.

Nak recommend satu lagi tempat makan yang bersih dan sedap di area Rawang ni, rasanya berbaloi jika makan di sini sebab makanan dihidang menggunakan pinggan yang besar daripada biasa, besar macam pinggan di Big Plate. Restoran Six Stone Riverside ni sudah menjadi tempat makan pilihan keluarga kami sejak setahun yang lalu. Terletak tidak jauh dari Perodua Sg. Choh, jika dari Bandar Rawang anda kenalah menuju ke Sg Choh/Ipoh, belok kiri bila jumpa Traffic Light Sg. Choh lepas jumpa gerai buah-buahan dan MD Putu Bambu World. Bila masuk jalan tu terus jer sampai lagi ke satu traffic light simpang 3, belah kanan tu ke Perodua tapi anda kena pergi terus, sekejap jer lepas tu masuk simpang kiri ada signboard ke Sg. Buaya.

Dari simpang tu memang sekejap jer, anda akan nampak ada rumah teres belah kiri dan jambatan, Restoran Six Stone Riverside betul-betul sebelah kiri lepas jambatan tu. Selalunya saya parking sebelah kanan jalan, kami pusing dulu dan parking, kena lintas jalan lah nak makan. Restoran tu ada pintu kayu dan beratapkan nipah, macam kedai kampung lama-lama :D kat dalam kedai ada motor klasik, basikal klasik dan paling banyak tempayan  yang disusun di tengah kedai.

Malam haritu kami order Lamb Shoulder (dah lupa nama menu dia), Nasi Goreng Ikan Masin dan Kuew Teow Sup (abang suka sangat dgn kuew teow sup tak kira kat mana asyik mintak ni jer...). Air Carrot Susu, Fresh Orange dan Bali Suam.

Lamb Shoulder RM14.90

Nasi Goreng Ikan Masin RM4.90 siap ada ikan goreng 2 ekor :)

Kuew Teow Sup  (tak ingat harga)

Air Carrot Susu & Fresh Orange

Ibu yang teringin nak makan lamb, tapi Hakim yang habiskan...

Tengok.... da habis
Kat sini specialty Western Food dan Chinese Food rasanya. Chinese food kami kurang tapi kalu western food memang sumer sedap, ada beaf steak, lamb, Ikan Dory, Salmon dan lain2 gak. Mushroom Soup nya biasa saja tak tahu lah lain orang lain citarasanya kan. Kedai berkonsepkan open kitchen, boleh nampak diorang duk masak western food ni.

Ok lah cukup takat ni dulu, nak keluar kejap ni ada nak beli barang sikit. Jumpa lagi.

Comments

  1. salam wan.
    tak pernah makan lagi lamb shoulder style macam tu. nampak sedap je.

    ReplyDelete
  2. sedap kakchik saya pun x puas makan sebab hakim makan banyak.... :D

    ReplyDelete
  3. isk,...isk,..nasib baik restoran tu kat Rawang, kalau tak, mlm ni jgk pegi..hehe..

    lamb shoulder tu tgk gambar pun dah rasa sedap dah..hehe..

    ReplyDelete
  4. Sekali-sekali datang la makan kat sini Nia :D

    ReplyDelete
  5. Tutup dah now ada dua branch di batang kali dan bukit beruntung.

    ReplyDelete
  6. Yang di sg buaya dah tutup

    Sekarang di Batang Kali, lagi dekat dengan rumah kami.

    Bukit Beruntung di mana ye?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...