Skip to main content

Semakin Tua Semakin Romantik

Apakah yang di dalam fikiran jika disebutkan romantik? Setiap wanita inginkan pasangan yang romantik kan?

Adakah romantik itu apabila si dia membuat kejutan candle light dinner di hari anniversary dan dihadiahkan sejambak bunga beserta kotak barang kemas bertatahkan berlian?
Adakah romantik itu apabila si dia sentiasa menelefon setiap 3 jam hanya untuk menyatakan yang si dia rindu dan cinta  kepada kita?
Adakah romantik itu apabila si dia tidak mahu melepaskan tangan kita apabila berjalan dan bersiar-siar sehingga sukar untuk mengambil sesuatu dari poket dan handbag?
Adakah romantik itu apabila pada masa-masa tertentu si dia bercakap dengan lemah lembut dengan pujuk rayu dan menyentuh mesra tubuh kita?

Saya lihat adegan romantik ibubapa saya dari perspektif yang berbeza sekarang kerana saya tidak pernah melihat apa yang tergambar sebagai romantik di fikiran saya pada kedua mereka walaupun sudah bersama hampir 46 tahun. Ikatan kasih sayang dan keakraban teman hidup sangat menawan hati saya dan mereka adalah pasangan yang romantik!


Ayah saya sangat romantik apabila setia menunggu ibu untuk bersolat bersama tidak kira waktu walaupun selepas ayah menunaikan solat rawatib ibu masih di bilik air.
Ayah saya sangat romantik apabila masih boleh mengukirkan senyuman walau dalam situasi dileteri oleh ibu.
Ayah dan ibu saya sangat romantik apabila mereka bangun solat malam bersama-sama tatkala anak-anak masih tidur dan dibuai mimpi indah.
Ayah dan ibu saya sangat romantik apabila ke mana-mana mereka sentiasa ingin berdua dan bersama-sama

Betapa kuat ikatan hati teman hidup ini semakin tua semakin romantik walaupun pada luarannya mereka nampak biasa sahaja seperti pasangan yang lain. Jujurnya saya mengagumi sikap dan layanan yang diberikan antara kedua mereka.
Jika baik, elok dan kuat hubungan kita dengan Allah maka Allah akan memperbaiki dan menguatkan hubungan orang-orang yang sangat kita sayangi di dunia ini serta orang-orang di sekeliling kita

Comments

  1. bagusnya..mudah-mudahan kedua-duanya bahagia ke akhir hayat mereka..aminnn

    ReplyDelete
  2. si jari telunjuk
    terima kasih atas doa, saya jua mahukan yang terbaik utk mereka dan keluarga kami seluruhnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.