Skip to main content

Tak Sabar Nak Cash Out Nuffnang

Saya budak baru belajar, excited nak cash out Nuffnang, orang lain dah beberapa kali dah cash out :D

Sejak dapat buffered earning hidup saya berbunga-bunga sebab earning saya cepat sungguh meningkat. Dulu waktu mula-mula letak Nuffnang kat blog saya macam menunggu buah yang tak gugur sebab earning asyik RM0.00 saja, masa tu menanti dan terus menanti bilalah orang nak klik iklan kat blog saya :)

Mendaftar dengan Nuffnang pada September 2009 dan masa tu tak tahu pun fungsi Nuffnang sebenarnya, seronok tengok ada keluar iklan macam-macam dan setiap iklan tu sangat menarik pada saya sebab tu saya letak dalam blog. Buffered Earning pertama kali pada January 2010 dan sejak dapat buffered earning yang pertama, lepas satu satu buffered earning pendek kata sentiasa ada Alhamdulillah.

Walaupun buffered earning tidak lah sampai 8 sekaligus macam yang diberitahu oleh seorang kawan blog, paling tinggi saya dapat pun 4 jer, sekarang yang masih berjalan 3 yang lain-lain dah jadi metered earning.

Pada yang tidak tahu, buffered earning adalah iklan yang melekat kat blog kita. Bermakna takde istilah nuffnang tidur. Cthnya buffered earning adalah iklan DIGI, jadi setiap kali bukak jer blog, ada jer iklan DIGI tu kat situ, sentiasa ada sampailah habis kempen. Yang menarik tentang buffered earning ni ialah kita tetap dapat earning walaupun takde orang klik kat iklan kita tu. Kalu dapat CTR (Click Thru Ratio) 0.2% atau lebih tinggi dapat lagi CTR Bonus.
Bukan saya punya, saya amik dari cik google, kalaulah earning saya sebanyak ni, fuh bestnya...

Sekarang memang saya percaya bahawa Nuffnang memang boleh bagi kita pendapatan sampingan. Saya duk mencari tips cash out katanya lebih baik cash out pada hujung bulan supaya tidak menunggu terlalu lama untuk mendapat cek, nampak gaya kena tunggu dululah manalah tahu yang buffered earning sekarang bertukar jadi metered earning bertambah lagi pendapatan. Kalu ikut memang dah boleh cash out lama tapi saya duk menunggu dapat lebih sikit, boleh lah duit ni buat duit raya nanti, takpun belanja family makan kat Aroma Ikan Bakar, Jeram :P dah lama teringin ni....

Comments

  1. eliss br cash out dua kali..huhuhu.tapi jumlah tunggu rm100 keatas :)

    ReplyDelete
  2. dah 2 kali? ok lah tu saya pertama kali ni macam mengandung anak sulong pulak rasanya :D

    ReplyDelete
  3. tq for sharing..hehehe..sesuai benor, saya mmg tngh duk mencari info pasal ni..maklum la, beginner ni serba tak tau..pagi td cek earning ada RM0.25..seronok tak hengat..hahaha

    ReplyDelete
  4. ye ke tie... 0.25 tu ada hamba Allah yg klik iklan lah tu....

    sedikit demi sedikit belajar.... nak dpt buffered tu kena tinggikan traffic dulu, good luck tie

    ReplyDelete
  5. wan, kakchik pun sign up dgn nuffnang bulan 9 2009. cash out 1 apr tapi cek belum pun sampai. kita sgt happy kalau dpt BE kan. kakchik pun tak pernah dpt 8 sekaligus. paling tinggi pun macam wan juga. skrg dah tinggal 3 je BE. wan punya masa kakchik dok menaip ni takde yg aktif tp google leaderboard tgh aktif tu.

    ReplyDelete
  6. MamaYatie,
    kita sama2 belajar tie...

    ReplyDelete
  7. kakchik,
    sy ada baca tip kalu nak cash out nuff nang sebaik hujung bulan supaya tak tunggu terlalu lama tuk dpt cek, be saya kat blog yang lain kakchik :D

    ReplyDelete
  8. wahh, terima kasih atas info tentang BE tu. akhirnya, sy baru pham! hehe..
    nak tnye, macam mana nak dpat lebih bnyak lagi BE tu??

    *kalau sudi balas komen di blog sy ;)

    supermiza.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. jalan2 cari info tentang BE..:)

    btw follow sini..^^

    ReplyDelete
  10. Hazanis,

    Add friend akak di fb @Wan Anie

    nanti akak masukkan dalam group khas cerita tentang krim ajaib BE tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...