Skip to main content

@ Wisma Bling Lustre : Family Day

Alhamdulillah, semalam 09 Mei 2010 sempat saya meraikan Hari Ibu bersama teman-teman blogger yang lain di Wisma Lustre sempena 1 Superkids - MBP Family Day. Bertolak lepas solat zohor sampai 2.40pm, punya lah ramai yang datang...

Memang terubat kekecewaan saya pada Gathering MBP yang lepas, ramai yang datang tapi tak ramai yang saya tegur, masing-masing sibuk dengan aktiviti apalagi Committee tak menang tangan diorang ni, kalau tak disebabkan diorang ni tak jadilah Family Day semeriah seperti semalam, bravo dan tahniah semua, sangat-sangat hargai jasa anda semua

Kebetulan pagi semalam, hujan lebatnya di Rawang, dari pagi-pagi hari sampai lah tengahari, sempat lagi Hakim dan Aiesyah bergaya sementara menunggu ibu bersiap, lepas ibu bersiap alih-alih baju dan seluar Aiesyah habis basah gara-gara main air hujan isk..isk kenalah tukar balik baju dan seluar dengan yang lain


Sampai jer kat Wisma Bling Lustre terus ke meja pendaftaran, dan makan (kami kelaparan dari rumah makan mihun goreng pagi tadi jer...). Anak-anak bukan main seronok lagi bila dapat belon dari clown, selamba jer anak-anak ni pi duk depan clown mintak belon.


Lepas dah kenyang naik ke tingkat atas, niat di hati nak ke Bengkel Ikatan Tudung tapi apakan daya anak-anak didahulukan... di tingkat 2 nampak Nur (temporary hausewife... I think not anymore...) sibuk melayan anak-anak coloring dan buat origami. Hakim dan Aiesyah yang sibuk mewarna...


Sempat bergambar dengan Nur, Nia (ingat Nia ni kecik comel jer, rupanya tinggi, ni nampak lebih kurang pasal Nia tundukkan badannya, maklumlah saya ni..ehem..ehem)


Hakim dan Aiesyah sibuk mewarna, Umar pula sibuk dengan Mickey Mouse..


Bergambar kenangan dengan Azizah Ariffin, cantiknya kak Azizah ni (eh.. kakak ker, kalu tengok gambar ni sapa yang kakak ek? Nampak muda sangat...  saya pulak yang nampak.....

Dah habis aktiviti anak-anak di tingkat 2, kami turun ke tingkat 1, studio bling cantik dihiasi color pink dan wallpaper yang macam-macam ada, very nice. Ajak Puan Maiza ni bergambar, tapi bila tengok gambar ni saya confuse, saya bergambar dengan Maiza ke patung ni....?

Sebelum pulang, mesti nak kena jumpa puan rumah ucap terima kasih segala, anak-anak sangat seronok hujung minggu ni, Sabtu dan Ahad yang penuh aktiviti yang menggembirakan. Terima kasih 1Superkids, MomBloggersPlannet dan semua committe yang terlibat menjayakan Family Day ini. Tak sempat nak bergambar dengan Ros Little Mama
Pada teman-teman blogger lain yang tak sempat jumpa minta maaf, kalau boleh semua saya nak tegur tapi tak tahu macam mana sebab semua orang sibuk dengan aktiviti dan anak masing-masing. Moga jumpa lagi

Comments

  1. salam wan anie, mekacih kerana menegur i yg tgh sibuk menyalin diaper anak..he..he.

    ReplyDelete
  2. waa...bila kak Ross kata masa dia tgh salin pampers Izzah...rasanya sumi ada kot kat situ...hehehehe....

    tp memang la...semalam x berjumpa pun para blogger....sbb tgh sibuk siapkan Key chain....hahahaha


    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  3. Little Mama: tu lah muka kak ros pun nampak penat sangat tu yg tak cakap lebih2

    sumijelly: u ker yg nyusukan baby sebelah i tu? tengok muka sumer org pun dah macam nak sama jer :)

    ReplyDelete
  4. salam
    datang bertandang hehehee

    ReplyDelete
  5. Salam Fid, silakan... selamat kenal2

    ReplyDelete
  6. seronok akhirnya dpt jumpa Anie. Bab nama Temp. Housewife tu ramai dah tanya still relevent ke. hehhe. nantilah difikirkan nama baru.

    ReplyDelete
  7. hi, tak dapat jumpe u semalam. anyway thks for coming

    ReplyDelete
  8. heeheh...yer la kot.. sumi pun x perasan... sumi ada susukan anak masa tu... kalu perasan sumi pakai warna putih...hehehe

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  9. Nur, saya duk imagine nur ni besar orangnya (bukan gemuk tau... besar dan tinggi) bila jumpa biasa2 saje tapi yang pasti lebih tinggi dari saya hua..hua dan kulit yg sangat cantik (jeles tau)

    CikLilyPutih
    Saya duk mencarik juga tapi tak perasan, maybe CikLilyPutih sibuk sangat kut, thak for organizing this with all bling babes.

    Sumijelly,
    Tu lah tengok rasa cam kenal tapi nak tegur takut silap orang... waaa :)

    ReplyDelete
  10. salam kenal, terbaca komen Wan di blog Mummy Lyna, tu yang datang bertandang menghulurkan salam..ruginya zaila tak dapat join event haritu..memang kelaslah!!!

    ReplyDelete
  11. zailamohamad, datang lah takde masalah

    len kali join yer boleh kita berjumpa dan berkenal-kenal... :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.