Jun 7, 2010

Akok oh Akok

Ni entry saja-saja takde apa-apa motif kecuali untuk yang suka makan macam kami ni.

Akok ni sejenis kueh yang manis, lembut-lembut sebab banyak dimasukkan telur di dalam adunannya. Bukan akok panggilan akak bagi orang utara :D

Bagi penggemar akok terutama yang tinggal di kelantan dan terengganu pasti dah terliur bila saya sebut akok kan? Akok... oh akok! Dulu kalau teringin nak makan akok sedap mesti plan nak balik kampung sebab kat sana je boleh jumpa akok sedap. Tapi sekarang tidak lagi sebab dah ada yang jual akok berdekatan dengan rumah saya ni, sedap sungguh akoknya. Harga sama jer macam kat kampung 5 ketul RM2. Hakim 2 ketul, ibu 2 ketul, abah kongsi ngan aiesyah dan umar.... boleh? :)

Kalau beli 2 ringgit memang tak cukup, aduhai kenapalah dijual akok sedap kat sini, habis lah poket kalau lalu jer mesti teringin nak makan, bila dah nak makan kenalah beli.... huhu

Satu lagi makanan yang hakim suka Pau Coklat, kalau lalu jer kat orang jual pau tepi jalan tu mesti cakap stop, nak beli pau! Macamana nak buat, ambil hakim dari sekolah memang akan lalu jalan tu, alangkah bestnya kalau ada jalan yang lain supaya hakim tak nampak abang tu jual pau lagi.... hehe :D

5 comments:

  1. saya suka makan akok walaupun org kedah...mmg susah nak cari akok yg sedap la...

    ReplyDelete
  2. emm... suka juga yer... betul susah nak cari yang sedap... ni pun baru jumpa :D

    ReplyDelete
  3. uishhh...memnag sedap sgt kuih ni..honestly memula saya tengok kuih ni..geli geleman..taktau kenapa..tapi bila dah rasa..adoiiii...ruginya dari dulu aku tak rasa..ntah pape je...: )

    ReplyDelete
  4. amirah, awat geli geleman.... kueh tu macam tu sebab banyak telur, tu yg best tuh :D

    ReplyDelete
  5. akok akok kat batang kali sedap banget! :DD

    * ibu syai suka makan akok akok ^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails