Skip to main content

Anak Sebagai Kaunselor

Bismillah

Sebenarnya ibu sedikit risau nak ceritakan ni, sebab ibu seolah menunjukkan kelemahan diri sendiri. Ibu ni seorang yang beremosi dan kadang-kadang sukar mengawal amarah. Itu diri ibu yang dulu tapi Alhamdulillah berkat beberapa amalan dan kaunselor terdekat ibu menjadi lebih tenang sekarang. Sehinggakan ketika ibu baru berkahwin dahulu, mak ibu pernah bagitau ibu "Suami ani mesti penyabar dapat isteri macam ani ni"

Sebab hanya ibu yang lebih tahu dan faham anak mereka kan? Saya tidak kisah lah sebab itu diri saya yang dahulu, azam saya menjadi seorang yang lebih penyabar dan sentiasa tenang dimakbulkan Tuhan, bukan ibu yang buat penilaian sendiri tapi partner ibu yang cakap "Ani telah berubah banyak..... sangat!" Alhamdulillah hanya itu yang mampu ibu ucapkan.

Ini kisah beberapa hari yang lalu, kami berada dalam kereta dan ibu mendapat khabar yang kurang enak lalu menunjukkan emosi geram, terlupa pula anak-anak memerhatikan gerak laku kita. Hanya sekejap sahaja, lepas tu ibu beristighfar dan bertenang kembali.

Keesokan paginya ketika kami semua baru bertolak dari rumah untuk ke destinasi masing-masing, Hakim pegang bahu ibu lalu berkata "Ibu rimas ke semalam tu? Kenapa ibu rimas? Ibu janganlah rimas nanti ibu tak cantik. Ibu elok-elok lah baru cantik" Hakim beritahu ibu berulang kali, ibu tahu hakim memang maksudkan apa yang dicakap kerana hakim seorang anak lelaki yang sentiasa peka dengan persekitaran, dia selalu faham perasaan ibu. Bila abah tiada, dialah tempat ibu bercerita dan berkongsi idea.

Ibu pegang tangan hakim dan berkata "Ibu janji ibu tak akan buat macam tu lagi, ibu taknak rimas-rimas lagi" lalu kami berpelukan. Sebelum ini pun pernah hakim menegur ibu dan abah jika ada yang tidak kena kami lakukan. Alhamdulillah anak seusia 5 tahun yang kami harapkan untuk menjaga kami dan adik-adik kelak sangat membanggakan. Menegur dengan nada yang lembut sudah tentu menggugat hati orang yang ditegur. Itulah kaedah terbaik menegur anak, ataupun anak menegur ibubapa.

Comments

  1. wah kagum betul dengan si kecil ni....

    ReplyDelete
  2. teringat Asmaa', dia kata "Kenapa umi marah pagi, marah petang, marah malam? Kakak rasa sedih kalau umi marah..." wuwuwuwuuuuuu

    ReplyDelete
  3. yela, anak2 kecil kalau bercakap tulus dan benar2 maksudkannya..kena berhati2 keluarkan perkataan dan perbuatan kita kan..mcm sponge serap je apa yg kita buat...bagusnya hakim..mmng sgt abang...

    ReplyDelete
  4. Kancilbiru pasti lebih kagum bila punya anak sendiri nanti :D

    ReplyDelete
  5. Pija.... bagilah kakak rasa happy... :D smart girl asmaa'

    ReplyDelete
  6. amirah,

    kadang kita pun ada yang terlepas pandang juga.... macamana nak jadi ibu yang tak pernah cakap tinggikan suara yer... hihi

    ReplyDelete
  7. cerita kak wan seolah-olah cerita saya, anak saya pun sama 5tahun. kadang-kadang saya menangis ditegur anak kerana insaf dan bersyukur ada anak seperti dia.tatkala saya di luar kawalan kesabaran ada dia di samping saya sebagai penenang...syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. teringat bbrp bulan lepas.. hari tu memang hangin sgt.. sampai membebel2.. anak sepahkan makanan @ tumpahkan air, lagi menjadik2 bebelannya.. jd terkedu jap bila si anis... "ibu... ibu.. cukup.. cukup marah" erkkkk... adeyyyy... "tak moo marah"... cara dia cakap tu sama jer cam masa ibu pujuk dia soh berenti nangis...

    ReplyDelete
  9. Izan,

    Anak yang seusia itu memang sudah faham perasaan org lain terutama yang rapat dengannya, dalam masa yg sama kita pun kena lebih berhati2 ckp dengan diorg kan tersalah cakap kecik hati pulak :D

    ReplyDelete
  10. kakyong,

    sebab tu org cakap anak cermin ibubapa kan....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...