Skip to main content

Beg Keychain yang Cute

Ini entry nak tunjuk tiada... show off

Comel tak keychain bag ni? Ibu beli beberapa bulan lepas, mula-mula ingat nak jual tapi cam sayang pulak sebab cute sangat....


Boleh letak duit syiling kat dalam dan sangkut pada handbag atau jadikan keychain kunci kereta atau kunci rumah. Ibu letak dalam ni pendrive yang dah togel ni, ntah mana hala dah baju pendrive ni, tapi masih boleh digunakan nak buang sayanglah pulak.


Siapa yang nak bag keychain ni? Ada lagi dalam simpanan... mula-mula beli dulu ingat nak jual tapi tak jadilah cam cantik sangat pulak. Jadinya ibu bercadang nak jadikan bag keychain ni sebagai gift pada buyer yang beli paling banyak di kedai ibu dari April 2009 - Jun 2010. Ini sebagai tanda ibu menghargai semua pelanggan ibu, terima kasih banyak-banyak.

Macam-macam design ada... abaikan lukisan pada tikar yang dilukis oleh anak ibu yang kreatif

Ada lagi yang nak ke? Ok lah apa kata kalau ibu buat giveaway...... tapi giveaway yang bagaimana yer nak buat? Nanti ibu fikirkan, siapa yang ada cadangan dan idea sangatlah dialukan.

Comments

  1. LV tu?? cute.. sapa tak nak?? huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. kakyong dah lama xde coin dompet nih... nak , nak satu...

    ReplyDelete
  3. ummumishkah,
    mmm LV tapi bukan yang betul2 ori punya ni... hihi

    ReplyDelete
  4. kakyong,
    nanti join giveaway yer... takde aidea lagi ni nak wat lagumana

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...