Skip to main content

Belajar Mengepam Susu

Sudah lama saya tidak mengepam susu maklum saja Umar hanya direct feeding dari seawal kelahiran sehingga hampir setahun umurnya (tinggal beberapa hari jer lagi). Ada hari yang Umar perlu ke nursery dan ibu perlu mengepam untuk keperluannya. Jika ibu tinggalkan umar sekadar 4-5 jam memang dia akan bertahan untuk tidak menyusu hanya makan seadanya dan minum air kosong.

Bila ditinggalkan 8 jam, Umar hanya minum 4oz susu sahaja, Alhamdulillah walaupun tak banyak susu yang ibu boleh pam tapi mencukupi untuk keperluan Umar yang sangat suka makanan pejal sekarang. Ibu cuma mampu mengepam 4-6 oz sahaja sehari, terasa lenguh sebab dah lama tak mengepam dan tak reti dah bagaimana caranya. Maklum sahaja ibu hanya gunakan Avent manual pam, tak mampu nak beli pam yang mahal (budget.... beli semasa Aiesyah kecil) tu pun beli yang second hand dah.

Kadang-kadang bila pump secara traditional (guna tangan) lebih senang daripada guna manual pump. Electrik pump ibu tak pernah cuba lar lagi, teringin jugak tapi kalu ikut keperluan sekarang ni memang tak perlu kut. Masa kat office dulu, ada member yang selamba jer pump guna electrik pump ni sambil buat kerja, 2-2 belah sekali gus, isk tak jatuh plak pump tu... camana yer...  :D (maaflah sebab tak pernah try tak dapat nak imagine)

Saya begitu kagum dan admire ada seorang kaka di office dahulu, saya tengok dia hanya menggunakan manual pump sahaja, setiap hari 3 kali pump tak pernah miss. Sebab tu kakak tu boleh susukan anaknya penuh sehingga anaknya 2 tahun, bukan seorang tau tapi ke-4 anaknya. Memang tabik spring lar.... ;)

Bersyukurlah jika anda ibu yang mampu menyusukan anak dengan susu ibu kerana ada ibu yang mempunyai keinginan untuk menyusukan anak yang tinggi tapi ada kekangan lain yang tidak dapat di atasi (macam-macam gaya masalah dan ragam penyusuan yang ibu tahu dari pembacaan dan rintihan hati ibu-ibu ini) Sedangkan saya yang tiada kekangan cuma kurang kesedaran dahulu bercampur dengan kemalasan dengan pelbagai alasan menyebabkan hakim dan aiesyah hanya mendapat susu ibu sehingga setahun sahaja. Ibu cuba sebaik mungkin untuk memberikan Umar susu ibu sehingga usianya 2 tahun, InsyaAllah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...