Skip to main content

Bestnya Jika Ada Pembantu

Dah makan? Tak makan-makan dari pagi..... puasa? Sekarang kan bulan Rejab, memang antara bulan yang digalakkan kita berpuasa. Bagi yang belum habis puasa ganti kena lah buat... hihi termasuk tukang tulis ni.

Bila hari-hari buat kerja rumah memang terasa juga kebosanannya terutama kerja yang remeh-temeh macam lap dapur, mop dan sapu lantai, basuh bilik air, bab pakaian toksah ceritalah dari cuci, jemur, angkat, lipat, kemas, iron..... kan best jika ada yang tolong.


Bila anak bertambah maka kerja rumah juga turut bertambah, alangkah bahagia dan bersyukur jika suami juga turun padang. Kerja rumah memang takkan habis, bila terasa lelah teringat pada nasihat Rasulullah kepada anakandanya Fatimah supaya banyakkan berzikir dan mengingati Allah.

Pada yang mampu dan tidak kisah dengan kehadiran bibik, boleh lah berbuat demikian. Tapi bagi yang tidak suka ada 'orang asing' di rumah 24 jam atau mungkin juga kurang budget (mahal kos nak amik bibik sekarang) boleh consider;

Part Time Maid
Ada banyak pakej ikut keperluan dan budget kitalah. Pakej B 4 visit in a month, 4 hours every visit pun dah ok, datang seminggu sekali RM250

Makcik Cleaner
Ini kenalah tanya, ada makcik2 cleaner atau jiran tetangga yang susah dan perlukan duit lebih, diorang pun tak kisah dengan kerja. Sekali diorang datang boleh lah bagi RM30 - 50 ni ikut penilaian dan persetujuan lah kut.

Anak Saudara/Sepupu sepapat
Yang tengah bercuti semester atau tengah tunggu exam, bukan senang nak cari yang suka buat kerja rumah tapi siapa tahu, atau tolong jaga anak-anak ada yang jenis suka dengan budak-budak, bagi lah upah supaya depa suka.

Hantar Baju ke Dobi
Ini antara yang boleh anda consider terutama baju-baju kerja en. suami yang perlu digosok bagai kena ada straight line kat lengan atau seluar. Hantar dobi seminggu sekali untuk dicuci dan digosok terus.

Kalau semua pun tak boleh buat, tidak boleh tidak en suami kenalah tolong sekali, tidak adil rasanya jika semua kerja rumah dibebani atas bahu isteri sahaja apalagi jika isteri juga bekerja dan membantu suami mencari nafkah untuk keperluan hidup. Tidaklah bermaksud isteri yang berada di rumah 24 jam maka suami boleh goyang kaki. Tiada istilah goyang kaki bila berumahtangga. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing kan?

Comments

  1. betul...berat sama dipikul...suami tak bleh serah bulat2 kat isteri...letih la..

    ReplyDelete
  2. kakyong skrg ni dah malas nak merugut.. sbb semua kerja rumah buat sorg2... ade la bbrp perkara yg suami tolong.. itupun kena merayu habis-habisan.. dah hampir 2 tahun ni, takde lah rasa beban sgt dgn kerja2 rumah ni,.. x paksa diri & dah ckp pada suami, kalo tak mo tolong xper.. cuma minta tolong jgn bersungut kalo rumah tak kemas...

    bertuah sgt kalo dpt suami yg beri 100% sokongan pada isteri yg bekerja dr rumah ni... bukan lah suami kakyong x sokong.. tp % tu suam2 kuku jer... kdg2 terasa bersendirian utk membina kerjaya dr rumah.. mujur lah ade kwn2 yg beri sokongan... :p ..

    aiiyaaa.. sesi merungut di sini pulak... sori...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.