Skip to main content

Bila Besar Nak Jadi Apa?

Perlukah ibubapa meletakkan satu cita-cita untuk anak-anak mereka capai? Bagi saya perlu sebab kita perlu letakkan satu penanda aras pencapaian anak-anak. Ini bukan bermaksud kita ingin memaksa atau menekan anak supaya mencapainya tapi penanda aras penting untuk diletakkan suatu matlamat.

Jika kita hendak anak menjadi cendekiawan kelak, mungkin kita letakkan penanda aras PHD sebagai capaian akademik tertinggi yang anak perlu capai, atau jika hendak anak menjadi tahfiz, maka sekolah dan universiti tahfiz mana yang terbaik perlu anak belajar. Begitu juga jika inginkan anak menjadi ahli sukan yang hebat. Selepas diletakkan matlamat, maka perlu dirangka pelaksanaannya. Jika matlamat untuk anak khatam Quran seawal usia 6 tahun, sudah tentu tidak mustahil dengan didikan seawal usia anak belajar bercakap sudah diajarkan Iqra'.


Saya percaya anak-anak yang hebat lahir dari ibubapa yang hebat, tidak semestinya hebat dari segi fizikal dan material tapi hebat dari segi cara mendidik anak. Cendekiawan Islam terkemuka seperti Imam Syafie hanya disusukan oleh ibunya ketika di dalam keadaan berwudhu', ini adalah contoh ibu hebat sehingga mampu melahirkan anak sehebat Imam Syafie. Saya fikir ini bukanlah susah untuk dilakukan tapi hanya ibu-ibu yang hebat sahaja mampu berbuat demikian.

Saya banyak belajar dari kesilapan, dulu sentiasa merasakan susahnya nak mengajar anak sendiri Iqra' sehinggalah hakim berusia 4 tahun lebih barulah diajarkan iqra', sedangkan sepupunya (anak saudara saya) telah khatam quran seawal usia 6 tahun dan terpilih sebagai anak terbaik dalam bacaan yasin seluruh negeri) Walaupun kakak saya ibu tunggal tapi dia sentiasa memeriksa bacaan anaknya bila ada kelapangan termasuk ketika dalam perjalanan ke sekolah (dalam kereta). MasyaAllah saya telah melakukan kesilapan kerana tidak menekankan quran sedari awal usia anak sebab itu Aiesyah telah diajarkan ketika belum pun 3 tahun.

Ada perkara yang kita perlu paksa dan bertegas, bukankah tekanan (stress) itu penting untuk sebuah kejayaan? Maksudnya tekanan yang terkawal. Alhamdulillah selepas merangka jadual setiap malam selepas solat Maghrib, kami dan anak-anak kena mengaji dan iqra'. Mula-mula memang kena paksa tapi lama kelamaan anak-anak pula yang seronok dan tak sabar untuk baca iqra' bersama-sama. TV rumah kami dari ada baik tiada sebab jarang sangat bukak, sedangkan dulu setiap hari anak-anak hanya habiskan masa didepan tv sahaja.

Siapa kata kita tidak boleh ubah perkara biasa kepada luar biasa, boleh hanya dengan sedikit tekanan dan paksaan sahaja. Saya berkongsi bukan sebab saya yang terbaik (tidak sekali-kali) kerana saya juga sentiasa mencari yang terbaik dalam hidup kami. Semakin anak-anak membesar, semakin kuat tekanan untuk mendidik mereka dengan cara yang terbaik. Saya sebagai ibu tidak mahu mensia-siakan masa anak-anak yang diberikan hanya ketika mereka masih bergelar anak kecil dan masa inilah yang akan ditanya kelak apakah yang ibu dan abah telah lakukan untuk membesarkan anak-anak.
The world makes way for those who know where they are going

Comments

  1. kalau macam tu, nak masuk 2 tahun pun boleh mula kan. thanks for the info ya.

    ReplyDelete
  2. Nia,

    dah boleh ajar bila anak dah boleh cakap.... diha mesti dah banyak mulut kan? ajar sambil main2 anak-anak memang senang ingat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.