Skip to main content

Bila Tak Ada Elektrik

Macam anak ayam kepanasan (macamana ek?) tak tahu apa nak buat bila rumah tak ada elektrik, kepanasan tu satu hal tapi yang penting ibu tak boleh nak buka Internet aduhai..... buat kerja sekejap batery laptop pun habis

Apa yang boleh dilakukan bila tiada elektrik? Pagi keluar sekejap, balik rumah 12 tgh ingat nak rehat dan jumpa 'kawan-kawan' dalam blog tapi takde letrik rupanya, sebab tak tahu nak buat apa ibu keluarlah sampai petang, nasib baik petang balik dah ada elektrik... suka sket, terus ON laptop

Tak tahu lah kenapa taman kami ni banyak kali ada gangguan elektrik sejak akhir-akhir ni, takkan ada yang sabotaj kut? Dah lah hari Ahad haritu satu hari suntuk tak de air, bekalan air minuman pun ibu kena amik dari water filter kat kedai, ala yang pakai mesin 20sen/liter tu. Malam tengah tidur mesti sedar bila tak de elektrik sebab panas, rumah kami ni bukannya ada aircond, tapi angin kipas tu dah cukup menyamankan. Kalu sedar pukul 2-3 pagi memang ibu tutup kipas sebab sejukkkkk, sekarang ni asyik hujan jer sini tapi hari ni takde elektrik takde pulak hujan.

Macamana agaknyer hidup orang susah yang kena angkut air dari sungai atau timba perigi untuk mandi, membasuh dan minum. Teringat pula zaman ibu kecik2 dulu, waktu tu belum sekolah lagi, masa tadika kakak ibu lah yang selalu timba kan air perigi untuk ibu mandi. Masa ibu darjah 1 dah ada air paip dah, bukan air jalan (ayah ibu panggil air jalan tak tahu sebab apa mungkin bila guna air tu meter dia jalan kut...) tapi air yang pakai elektrik sambung dari perigi. Dulu-dulu best betul mandi air perigi bila waktu tengahari..... sejuk! Wat minum pun best sebab air bersih, sekarang ni kalu air perigi atau air jalan tak terjamin kebersihannya.... takut kena taun pulak

Ibu tak ingat pula bila lampu elektrik mula dipasang kat rumah sebab masa kecil memang dah ada elektrik. Zaman kakak-kakak ibu kut, sebab diorang yang selalu duk bercerita baca buku dengan lampu lilin sampai terbakar rambut sebab tertidur...

Sekarang bila semua kemudahan dah ada, sekejap takde pun sangatlah terasa kehilangannya. Kenalah hargai air dan elektrik yang ada ni, jangan membazir. Begitu juga kasih sayang yang dicurahkan oleh orang di sekeliling kita, hargai lah mereka ketika mereka masih ada bersama kita. Bila tiada pasti akan terasa kehilangannya

Comments

  1. last week pun berlaku kejadian takde letrik kat rumah, ade la 2 jam.. anak2 punya lah bosan.. kejap2 nak pasang CD.. ajak main conteng2 pun tak mau.. nak tgk CD jugak.. jenuh la explain.. electrik tak de, lampu tak leh nyala, kipas tak leh pusing, tv pun tak leh pasang... fuhhh.. tp ibunya dpt le juga mjahit cross-stitch jap..

    ReplyDelete
  2. anak2 macam tu ler, bila dia nak sesuatu tapi ada kekangan pada kita kenalah explain betul2... berpusing juga kdg nak terangkan sesuatu perkara tu...

    lamanya saya tak buat cross stitch dan sen2 yang lain..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...