Skip to main content

Jemput Makan

Jam pukul 2 petang, hari ni ramai yang masih bercuti sempena cuti sekolah, ambil peluang bawa keluarga jalan-jalan makan angin dan balik kampung ziarah orang tua. Dah makan ke belum semua? Takkan tak makan lagi dah lewat ni nanti perut masuk angin.

Hari ni nak kongsi menu lunch kami. Emm sedap juga simple jer masak ni tapi cukup untuk mengenyangkan perut kami sekeluarga. Setiap hari kalau takde nasi putih memang tak sah. Lauk hari ni;


Singgang Ikan Tongkol

Ini antara menu kegemaran saya sejak kecil, tidak semestinya ikan tongkol, ikan sardin atau ikan kembong pun boleh. Masa dalam pantang makan nasi putih panas-panas dengan ikan singgang hari-hari pun tak per


Sayur Goreng (kacang panjang dan carrot)

Sayur yang anak-anak suka, carrot memang tak boleh tidak dalam apa menu pun kalau boleh semuanya nak dimasukkan carrot.


Sotong Masak Sambal Sos Tomato

Sekejap jer dah licin..... masak tidak boleh pedas nanti anak tak boleh makan. Kami semua jenis yang makan tidak cerewet semua kami makan termasuk juga anak-anak. Ayam, ikan, daging, udang mahupun sotong semua tak jadi masalah bagi kami sekeluarga. Senangkan jika anak mudah makan mungkin sebab ibu ngan abah memang jenis berselera tu yang menurun kat anak-anak. Ibu pula sepanjang mengandungkan ketiga anak tiada alahan dan tiada masalah dengan makan.

Apa lagi jom ler makan..... makanan ni semua dah habis licin semalam sebab ini lauk yang ibu masak tengahari semalam. Hari ni InsyaAllah nak puasa habiskan puasa wajib yang berbaki.

Comments

  1. eliss pun suka makan ikan singgang.kalo ada budu dan petai lagi terangkat.hehehehe


    elissmie.com

    ReplyDelete
  2. anak2 saya panggil pish soup..isk isk..letih doh royak bukan sup, ikang singgang..tp dia org berehi sungguh..(ikut tekak mama ler)..

    ReplyDelete
  3. makan dengan budu mesti meletupp ni anie! :)

    ReplyDelete
  4. elissmie,
    betul2.. memang sedap

    ReplyDelete
  5. MamaYatie,
    betul jugak tu fish soup sebab ikan dalam kuah cair gitu kan.... oklah tu.. senang mamanya masak :D

    ReplyDelete
  6. ummumishkah,
    betul sedap tapi budu kat rumah ni dah out of stock, budu beli kat sini macam kurang best sket... huhu

    ReplyDelete
  7. orang yang dah kenyang macam kakchik ni pun naik semula selera bila tengok masakan wan hari ni.

    singgang tu kesukaan org kelantan tu... kakchik lagi suka singgang ikan selar kuning yang kecik-kecik tu.

    ReplyDelete
  8. kakchik,
    kembang kempis hidung saya bila baca kakchik tulis ni... ala simple2 jer saya masak kakchik

    saya selalu goreng jer selar, boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  9. mama zharfan,

    burrp.. alhamdulillah :D

    ReplyDelete
  10. kakyong kalo masak singgang.. memang anak2 suka sangat... apa saja yg nampak mcm sup memang depa suka, makan bersuap bertambah2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.