Jam pukul 2 petang, hari ni ramai yang masih bercuti sempena cuti sekolah, ambil peluang bawa keluarga jalan-jalan makan angin dan balik kampung ziarah orang tua. Dah makan ke belum semua? Takkan tak makan lagi dah lewat ni nanti perut masuk angin.
Hari ni nak kongsi menu lunch kami. Emm sedap juga simple jer masak ni tapi cukup untuk mengenyangkan perut kami sekeluarga. Setiap hari kalau takde nasi putih memang tak sah. Lauk hari ni;
Singgang Ikan Tongkol
Ini antara menu kegemaran saya sejak kecil, tidak semestinya ikan tongkol, ikan sardin atau ikan kembong pun boleh. Masa dalam pantang makan nasi putih panas-panas dengan ikan singgang hari-hari pun tak per
Sayur Goreng (kacang panjang dan carrot)
Sayur yang anak-anak suka, carrot memang tak boleh tidak dalam apa menu pun kalau boleh semuanya nak dimasukkan carrot.
Sotong Masak Sambal Sos Tomato
Sekejap jer dah licin..... masak tidak boleh pedas nanti anak tak boleh makan. Kami semua jenis yang makan tidak cerewet semua kami makan termasuk juga anak-anak. Ayam, ikan, daging, udang mahupun sotong semua tak jadi masalah bagi kami sekeluarga. Senangkan jika anak mudah makan mungkin sebab ibu ngan abah memang jenis berselera tu yang menurun kat anak-anak. Ibu pula sepanjang mengandungkan ketiga anak tiada alahan dan tiada masalah dengan makan.
Apa lagi jom ler makan..... makanan ni semua dah habis licin semalam sebab ini lauk yang ibu masak tengahari semalam. Hari ni InsyaAllah nak puasa habiskan puasa wajib yang berbaki.
eliss pun suka makan ikan singgang.kalo ada budu dan petai lagi terangkat.hehehehe
ReplyDeleteelissmie.com
anak2 saya panggil pish soup..isk isk..letih doh royak bukan sup, ikang singgang..tp dia org berehi sungguh..(ikut tekak mama ler)..
ReplyDeletemakan dengan budu mesti meletupp ni anie! :)
ReplyDeleteelissmie,
ReplyDeletebetul2.. memang sedap
MamaYatie,
ReplyDeletebetul jugak tu fish soup sebab ikan dalam kuah cair gitu kan.... oklah tu.. senang mamanya masak :D
ummumishkah,
ReplyDeletebetul sedap tapi budu kat rumah ni dah out of stock, budu beli kat sini macam kurang best sket... huhu
orang yang dah kenyang macam kakchik ni pun naik semula selera bila tengok masakan wan hari ni.
ReplyDeletesinggang tu kesukaan org kelantan tu... kakchik lagi suka singgang ikan selar kuning yang kecik-kecik tu.
kakchik,
ReplyDeletekembang kempis hidung saya bila baca kakchik tulis ni... ala simple2 jer saya masak kakchik
saya selalu goreng jer selar, boleh cuba ni...
yum yup sedapnya :)
ReplyDeletemama zharfan,
ReplyDeleteburrp.. alhamdulillah :D
kakyong kalo masak singgang.. memang anak2 suka sangat... apa saja yg nampak mcm sup memang depa suka, makan bersuap bertambah2..
ReplyDelete