Semalam baru cerita bab bahagia, hari ni konflik pulak :D
Konflik dalam rumah tangga sudah menjadi asam garam perencah yang melazatkan lagi alam perkahwinan kita. Bila ada konflik, baru lah ada adegan merajuk seterusnya adegan pujuk memujuk hihi inilah nikmatnya perkahwinan. Bila hadapi konflik kena lah kawal diri janganlah terlalu mengikut amarah yang berapi-api di atas kepala sehingga menyebabkan konflik menjadi kompleks. Campur aduk banyak berkara dalam satu konflik menjadikannya kompleks.
Bila beberapa tahunjagung hidup bersama banyaklah konflik yang berlaku, dari sekecil perkara sehingga jadi besar sampai tak bertegur sapa seharian. Mengapa membesarkan perkara yang kecil? Mengapa sukar untuk mengawal diri bila bertengkar, kawal diri termasuklah kawal mulut (perkataan yang keluar), kawal perbuatan (baling-baling objek, atau hentak-hentak badan, apatah lagi jika sampai naik tangan... na'uzubillah). 2 orang daripada latarbelakang hidup berbeza, pelajaran berbeza, segalanya berbeza bila berlaku konflik lah senang cerita, mana mungkin tak ada gaduh-gaduh kan.
Penceraian banyak berlaku ketika berlaku konflik dan sukar mengawal diri sebab tu suami tercakap "Aku ..... kau!" atau isteri cakap "........ saya!" Saya tertarik dengan apa yang pernah ditulis oleh Ustaz Hasrizal atau SaifulIslam tentang Hikmah Puasa Menyelamatkan Rumahtangga.
Kenapa manusia diwajibkan berpuasa? Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 182 yang bermaksud;
Wallahu'aalam
Konflik dalam rumah tangga sudah menjadi asam garam perencah yang melazatkan lagi alam perkahwinan kita. Bila ada konflik, baru lah ada adegan merajuk seterusnya adegan pujuk memujuk hihi inilah nikmatnya perkahwinan. Bila hadapi konflik kena lah kawal diri janganlah terlalu mengikut amarah yang berapi-api di atas kepala sehingga menyebabkan konflik menjadi kompleks. Campur aduk banyak berkara dalam satu konflik menjadikannya kompleks.
Bila beberapa tahun
Penceraian banyak berlaku ketika berlaku konflik dan sukar mengawal diri sebab tu suami tercakap "Aku ..... kau!" atau isteri cakap "........ saya!" Saya tertarik dengan apa yang pernah ditulis oleh Ustaz Hasrizal atau SaifulIslam tentang Hikmah Puasa Menyelamatkan Rumahtangga.
Kenapa manusia diwajibkan berpuasa? Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 182 yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah difardhukan ke atas kamu sebagaimana ia telah difardhukan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa”Kenapa bila berpuasa kita tidak boleh makan dan minum sedangkan melimpah ruah negara kita dengan makanan yang enak-enak semuanya. Supaya kita belajar mengawal diri, berkata TIDAK terhadap kemahuan diri dan inilah ciri-ciri orang yang bertaqwa.
Umar al-Khattab telah bertanya kepada Ubay bin Ka’ab radhiyallaahu ‘anhuma tentang TAQWA. Lalu Ubay menjawab (dengan bertanya soalan):,”Pernahkah engkau lalu di jalan yang banyak duri?” Umar menjawab, “Sudah tentu!” Ubay bertanya, “Justeru apa yang engkau lakukan?” Umar menjawab, “Aku akan mengangkat sedikit kainku dengan aku akan melangkah dengan berhati-hati.” Ubay berkata, “Itulah yang dimaksudkan dengan TAQWA”Andaikata TAQWA itu diterjemahkan ke dalam konteks sebuah rumahtangga, ia seumpama daya melangkah dan memandu diri yang baik dalam menempuh segala onak dan duri serta liku-liku perjalanan sebuah rumahtangga. Melangkahlah dengan berhati-hati, supaya bahtera perkahwinan ini menuju ke destinasi yang diidamkan.
Wallahu'aalam
perkahwinan ni merupakan satu perjudian dalam hidup. kdg2 berfikir sendiri adakah mampu bertahan sehingga ke akhir hayat? ;). tepuk dada tanya selera. banyak2kan bersabar ye wahai isteri2 wahai suami2.
ReplyDeletekenapa berkata begitu wahai IbuAzroy.... adakah kehidupan kita juga perjudian?
ReplyDeletekita merancang Allah yang tentukan :)
salam wan
ReplyDeleteitulah, saya mengharapkan kehidupan suami isteri boleh berlanjut hingga syurga
stkt ini alhamdulillah belum lagi menerima apa-apa dugaan berat dalam rumah tangga
konflik pun, konflik manja-manja aje, taka ada berlarutan sekadar asam garam pemanis rumah tangga sahaja
salam Mas,
ReplyDeletesaya doakan mas, semua yg berkongsi hidup sbg suami isteri inginkan kebahagian hingga ke akhir hayat, dunia dan akhirat