Skip to main content

Kelebihan Susu Ibu yang Saya Baru Tahu

Salam di pagi Ahad dan selamat berhujung minggu, ke mana agaknya hari ni yer.... kami di rumah saja patah kaki minggu ni :)

Tidak sia-sia ibu ke library minggu lepas dek rumah yang tiada elektrik. Ada sikit tambahan ilmu yang ibu dapat tentang susu ibu. Kalau diperhatikan memang susu ibu lebih cair berbanding susu formula, ada cakap-cakap yang mengatakan jika susu ibu terlalu cair seolah kurang khasiatnya. Pendapat seperti itu tidak benar sama sekali kerana susu ibu memang cair!

Susu ibu yang telah diperah jika dibiarkan seketika kita boleh lihat lapisan yang lebih pekat berada di atas dan cair di bawah. Susu ibu mengandungi lebih 80% air, dan lapisan yang pekat itu adalah lebih kepada lemak. Biasanya bila bayi menyusu, susu yang mula keluar sangat cair, kerana ia mengandungi banyak air sebagai penghilang dahaga kemudian barulah yang lebih pekat dan mengenyangkan.

Susu ibu juga berubah mengikut cuaca, ini lah khasiat dan kebaikan semulajadi yang telah Allah kurniakan kepada semua ibu. Di waktu panas, secara automatik susu ibu menjadi lebih cair kerana lazim di waktu panas semulajadinya anak kita juga dahaga dan perlu minum lebih air, bila cuaca sejuk susu ibu menjadi lebih pekat dan lebih lemak.

Sebab itu bayi yang menyusu badan penuh tidak lagi perlukan air kosong. Sungguh setiap yang Tuhan ciptakan dan jadikan memberi manfaat kepada manusia.

Comments

  1. mertua saya pun ada kata zaman dulu doktor suruh bg air masak byk...fara sarakids suruh jawab kalu gitu bgtau dia dulu air bersih, sekarang dah byk pencemaran...air masak dah tak relevan utk baby :)

    ReplyDelete
  2. betul juga tu pija.... skang ni air kalu tak pakai filter tak gamak nak minum....

    baby dah cukup dengan apa yg ibu dia ada kan....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.