Skip to main content

Kenapa Yahudi ...... ?


Pernah tak baca artikel tentang kenapa orang Yahudi bijak dan beberapa amalan wanita Yahudi ketika mengandung untuk melahirkan anak-anak yang bijak? Saya tetap juga mengatakan bahawa Islam adalah yang terhebat dan bijak cuma mungkin banyak ajaran dan sunah Rasulullah yang kita tinggalkan. Menurut tesis yang dijalankan oleh Dr Stephen Carr Leon mengenai 'Mengapa Yahudi Bijak' pemerhatian Dr Stephen selama 3 tahun berada di Israel.


Amalan Pemakanan

Kurma dan susu - amalan makanan sunnah
Ikan tanpa kepala (isi ikan sangat bagus untuk perkembangan otak, kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik) - kan orang tua-tua selalu pesan jangan makan kepala ikan jadi benak
Salad yang dicampurkan dengan kekacang terutama kacang badam
Pil minyak ikan
Tidak makan ikan bersama daging - amalan makanan sunnah
Makan buah-buahan dahulu - amalan makanan sunnah

Larangan Merokok
Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia, mereka dengan tidak segan silu akan menghalau jika merokok di dalam rumah mereka.- tapi mereka juga cipta rokok??

Amalan Mengandung
Menyanyi dan bermain piano - musik kan dapat merangsang perkembangan minda bayi apalagi musik yang dialun daripada ayat suci Al-Quran
Latihan Matematik - Ibu Bill Gates cthnya adalah guru yang terlibat secara langsung dengan matematik, beruntunglah ibu-ibu yang terlibat secara langsung dengan matematik dan kira-kira, jika tidak maka buatlah latihan matematik sebanyak mungkin untuk merangsang otak anak dalam kandungan. Jika diperhatikan, matematik berkait langsung dengan bidang perniagaan iaitu pekerjaan sunnah.

Kanak-Kanak
Buah-buahan dan kacang badam
Pil minyak ikan
Bermain piano dan violin, menghafal nota musik - menghafal al-Quran bagi anak-anak muslim untuk menguatkan daya ingatan
Diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran Sains
Wajib bersukan terutama memanah, menembak dan berlari - Nabi mengajar kita supaya mengajar anak-anak memanah (konsentrasi atau daya fokus), berenang dan menunggang kuda (kekuatan fizikal)
Fakulti Perniagaan - tengok seriusnya mereka dengan perniagaan yang digalakkan oleh Rasulullah kepada kita

Ibadat Mereka
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! - Amalan rukuk dan sujud ketika solat bagi orang Islam

Comments

  1. israel memang kaum yg byk mengkaji demi keinginan untuk menguasai..

    ReplyDelete
  2. mereka mengkaji dan ambil mana yang baik, dalam Islam semunya baik, yang tak elok dibuat untuk kita,..... kenapalah orang kita ambil yang tak elok kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...