Skip to main content

Pengalaman Sewaktu Bersalin

Saya pun ada pengalaman sendiri ketika bersalin ketiga anak saya tu. Ketiga-tiga anak saya disambut oleh bidan dan doktor perempuan sahaja, Alhamdulillah..... cuma ada juga pengalaman masa di hospital yang terpaksa berdepan dengan dr. lelaki.

Saya tulis ni lepas baca enrty pija pasal susah nak tutup aurat di hospital. Pengalaman masa melahirkan anak sulong saya di hospital kerajaan di terengganu tidak ada masalah sebab saya ditempatkan di bilik satu katil siap dengan toilet yang lebih privasi. Walaupun di dalam bilik, saya tetap juga memakai pakaian lengkap dan bertudung sebab pintu kadang-kadang tidak di tutup dengan betul oleh nurse yang keluar masuk menyebabkan saya selalu mengingatkan mereka supaya tolong tutup pintu. Pakcik guard yang selalu merayau di depan bilik menyebabkan saya seriau juga, jika saya sihat walafiat takde masalah untuk saya bangun dan tutup pintu sendiri.

Masa bersalin anak pertama, semua bidan/nurse yang menyambut bayi adalah perempuan sebab saya bersalin waktu malam sehinggakan nurse tegur saya suruh buka tudung bila saya berpeluh-peluh menahan kesakitan sebelum bersalin. Saya bukannya apa jika di luar keadaannya tidak sama dengan berada di rumah sendiri, sebolehnya saya mahu menjaga apa2 yang dituntut kerana saya tidak biasa mendedahkan rambut walau dalam apa jua situasi.

Masa melahirkan anak kedua rasanya sangat bertuah sebab saya bersalin di pusrawi dan semua nurse dan dr yang incharge saya adalah dr perempuan, yelah dr kan boleh pilih masa mula-mula wat appoitment lagi. Masa di dalam ward pun rasanya nurse sangatlah prihatin dengan privacy kita sentiasa tutup langsir bila masuk atau keluar.... boleh berehat secukupnya sebab baby di jaga di nursery dan di bawa kepada saya bila cukup masa untuk menyusu dan mereka tidaklah kisah sangat jika saya mahu tidur bersama anak saya semalaman.

Hari kelahiran Umar

Semasa bersalinkan Umar anak ketiga di hospital kerajaaan di sini, tidak perlu disebut hospital mana. Masa tu memang virus H1N1 tengah popular. Kebanyakan nurse agak garang bagi saya mungkin sebab banyak kes dan mereka penat agaknya. Itu tidak kisahlah tapi kes privasi saya ni yang saya kisah. Bila di katil saya akan tutup semua langsir kerana bilik berkongsi katil, kut-kut lah ada lelaki yang datang menjengah, sebab saya mahu berduaan dengan my newborn baby jer masa tu tanpa gangguan sesiapa kecuali jika perlu sahaja. Geram juga saya dengan nurse yang seolah tidak faham, nurse datang dan sengaja buka langsir saya katanya bagi masuk cahaya dan tiada orang lelaki jika bukan waktu melawat. Ok apa sahaja walaupun tiada lelaki, meyusukan anak di depan wanita lain pun saya malu.

Bila saya tersedar dari terlelap saya lihat ada suami kawan di depan katil saya datang melawat isterinya, waktu tu memang saya berasa agak terkilan cepat-cepat capai tuala dan tutup bahagian yang perlu ditutup sebab waktu itu saya asyik menyusukan anak sambil mengiring. Kita ni nak mengalih badan pun seksa apalagi nak bangun dari katil. Kebetulan nurse tadi datang balik meround, saya cuba bagi isyarat sebab jarak agak jauh tidak sopan untuk saya panggil supaya menutup langsir saya. Mujur nurse tu nak buat kalau dia wat dek saja terpaksa saya bersusah untuk bangun nak lakukan sendiri. Sungguh saya berasa sangat malu dengan keadaan seperti itu kerana nurse itu tidak perlu mengganggu masa privasi saya di katil saya yang kita bayar kan?

Pelik juga dengan sikap yang sebegini, seolah tidak faham atau tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu. Seseorang yang menjaga maruah orang lain ketika di dunia maka Allah akan menjaga maruahnya di akhirat kelak. Wallahu'aalam

Comments

  1. orang-orang macam tu suka ambik ringan hal-hal aurat orang lain la tu. tak patut betul.

    senang2 jemput join ya
    BABY & ME GIVEAWAY

    ReplyDelete
  2. Ini menjawab kenapa saya main game masa dekat hospital ;) saya takmau terlena sampai terbukak mana yg tak patut...huhuhuh

    ReplyDelete
  3. bagi saya bila duduk ramai2 di dalam wad ni bukanlah kitanak layanan yang macam2, cukuplah kalau mereka(pekrja perubatan,keluarga pesakit) menghormati usaha kita utk menjaga aurat.
    pengalaman bersalain anak sulong, trauma sangat terasa. syukur Allah gantikan pengalaman yang sangat istimewa pada kelhiran kedua.alhamdulillah,semua yang terlibat dalam pembedahan staf wanita dan mengajarkan saya kalimah Allah sebelum lnsung saya tidak sedar setelah dibius penuh.(hospital kerajaan)

    ReplyDelete
  4. Nia,
    InsyaAllah Nia... saya usha

    ReplyDelete
  5. Sitisifir10,
    Dalam penat selepas bersalin, saya memang akan cepat terlena sebab letih.

    Keadaan tidaklah direct nampak tapi saya dengan tidak pakai tudung merasa terkezut juga bila berlaku begitu.

    ReplyDelete
  6. Ummu,
    betul... bukannya nak layanan macam tapi cukup untuk hormati hak masing-masing tertutama dalam keterbatasan aurat yg perlu dijaga setiap masa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.