Jun 12, 2010

Pernah Tak Makan Etok

Apa kabar hari ni? Ada makan free tak hari ni aka kenduri atau tengah seronok berjalan-jalan maklum saja tengah mood cuti lagi ni. Kami juga yang tak ke mana-mana cuma bawa anak-anak berjalan kawasan sekitar sahaja, mandi sungai air terjun air panas. Minggu depan hakim dah start kelas tambahan (5 tahun pun ada kelas tambahan jangan tak tahu)

Teringat zaman kanak-kanak di hari cuti begini suka sangat ke sungai sambil mandi-manda mencari etok. Tahu tak etok, rupanya lebih kurang kerang cuma kurus sikit berbanding kerang dan kulitnya licin, tak bergerigi cam kerang. Cara nak cari etok senang jer, gali sedikit pasir tepi2 sungai tu mesti ada jumpa, tak semua sungai ada etok, tapi kalu jumpa memang berbaloi-baloi. Advance sket guna kaki jer, tekan ke dalam pasir dan jalan sambil pusingkan badan ke kiri dan kanan, siap bersaing dengan kawan siapa dapat cari etok paling besar dia menang

Time pergi sungai tak bawak bekas atau plastik, baju pun jadik. Bila balik rumah kena marah dulu seround sebab mandi sungai tak bagitau mak plus baju comot, tapi lepas tu boleh makan etok ngee

Sebanarnya tadi ibu beli kerang, tu yang teringat kat etok. Balik bersihkan dengan beras untuk hilangkan lumpur dan kotoran pada kulit kerang. Masak pun simple jer letak serai, bawang merah, sedikit garam dan air. Macam masak etok zaman dulu2


Anak-anak ibu pun suka sangat dengan kerang ni, umar jer duk makan serai




2 comments:

  1. kakchik suka makan etok dengan nasi kerabu. kalau makan saja-saja takleh nak telan, mual.

    ReplyDelete
  2. saya suka sangat dengan etok ni dulu... skang dah susah sket nak carik

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails