Skip to main content

Senangnya Design Blog Template

Senang sangat dengan features baru yang ada dalam Google Blogger. Ibu baru perasan tadi masa login ke blogger nak add new entry ada satu button baru Design kalau sebelum ni Layout.

Tak percaya, login lah sekarang, betul.....  tengok ni


Senang betul nak tukar template design dengan features baru ni, klik pada design tu dan dalam tu ada Template Designer, Template Designer ni yang akan memudahkan kerja kita untuk tukar template, background, width of our template, sidebar tu semua tak payah pening2 kepala nak copy html code dan risau dengan widget2 yang akan hilang sebab InsyaAllah guna Template Designer ni widget2 takkan hilang. Ada 4 menu dalam Template Designer ni; Templates, Background, Layout, Advance.


Macam-macam pilihan template yang ada, nak cuba klik pada menu Templates, terus boleh tukar template baru takde lah bosan dengan template lama dan InsyaAllah semua widget2 pun tak hilang.

Tak payah nak cari background kat Google dah lepas ni sebab kat sini ada banyak pilihan Background yang ada, arts, animal, family, nature dan macam -macam lagi :)


Bila dah tukar template baru cuma perlu adjust widget2 tu dalam Layout, kalu dah rasa bosan dengan sidebar yang duk belah kanan jer boleh pilih kat body layout tuk tukar2 sidebar atau tambah sidebar.... fuh memang senang sangat kerja macam ni. Bukan tu jer, nak adjust width for the template pun boleh, sidebar pun sama boleh kecikkan dan besarkan, ikut citarasa anda.


Menu Advance pulak untuk tukar color dan text font, baru lah nampak menarik. Ibu pun baru tinjau-tinjau tadi nak tukar gak template macam ni, nampak lebih tersusun plak tu. Wah kalau macam ni tiap-tiap minggu ibu duk tukar template jer lah kerja.... :D

Blog ibu satu lagi tu memang dalam perancangan nak simplify kan templatenya, bagi nampak lebih kemas dan teratur, simple dan mudah. Bila dah tengok features baru ni ibu bersyukur sangat sebab menyenangkan kerja ibu, sebab tadi dah jumpa dah template idaman hati :thumbsup:

Selamat mencuba dan tampil dengan wajah baru.

Comments

  1. memang senang guna design template ni..
    cuma utk nuffnang harus kena masukkan semula bila tukor new design..

    ReplyDelete
  2. widget2 jadi bercelaru jugak, tapi takde lar sampai hilang... kena susun2 je

    ReplyDelete
  3. salam wan.
    makin hari makin banyak features baru yg blogger sediakan utk penggunanya. cuma perlu usaha dan rajin sikit je, maka akan berlakulah perubahan kpd blog kita.
    cuma kena hati2 dgn kemungkinan hilang widget.

    ReplyDelete
  4. kakchik,

    kena beringat sebelum kena, save dan backup dulu template yg asal sebelum tukar apa2...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.