Skip to main content

Sinar Dhuha

Bismillah

Semalam seharian suntuk ibu di luar daerah (KL tu luar daerah Selangor kan? ) untuk selesaikan beberapa urusan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar ada sedikit lagi yang belum selesai, InsyaAllah cuba diselesaikan dalam minggu ni.

Dulu ibu dan suami mendaftar syarikat perkongsian atas nama "Sinar Dhuha Resources" kerana keberkatan yang ada pada solat Dhuha itu sendiri. Syarikat kecil nampak tak nampak tu menawarkan perkhidmatan rundingan dan khidmat nasihat kewangan Islam. Semalam satu lagi syarikat milikan tunggal didaftarkan atas nama "Comel Lote Collections". Sudah lebih setahun berniaga baru nak ada syarikat hehe

Ini antara target yang ibu nak capai tahun ini, ada lagi beberapa target yang lain yang tidak perlu ibu ceritakan di sini. InsyaAllah bila sudah ada sinar dan cahayanya ibu kongsi yer.


Hari ni ibu nak kongsi sikit pasal kelebihan solat Dhuha, sedikit sahaja yer sebab banyak sangat manfaat solat Dhuha ni jika nak diuraikan. Ramai yang bersolat Dhuha kerana untuk dimurahkan rezeki, solat Dhuha adalah untuk memohon keampunan Allah sebenarnya. Tiada rezeki tanpa memohon keampunan, usaha dan solat Dhuha.
"Sesiapa yang membiasakan diri melakukan solat dhuha 2 rakaat, maka diampunilah dosa-dosanya sekali pun sekecil buih di lautan" - Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi
Allah kan suka pada hambanya yang sentiasa meminta dan memohon kepadaNya, jika kita mendapat cinta Allah sudah tentu urusan lain di dunia ini menjadi lebih mudah kan?
"Sesiapa yang mendirikan solat dhuha empat rakaat dan sebelum solat zuhur empat rakaat, maka didirikan baginya rumah di syurga" - Hadis Riwayat Thabrani
Apa lagi yang lebih baik daripada ini
"Dalam syurga, terdapat pintu yang bernama ad-Dhuha. Apabila kiamat tiba, ada seseorang menyeru, 'Mana orang yang mendirikan solat dhuha? Inilah pintu kamu. Masuklah ke dalam syurga dengan iringan rahmat Allah!' " - Hadis Riwayat Thabrani
 Wallahu'aalam

Comments

  1. terima kasih atas perkongsian..

    kakyong pun tak daftar lagi kedai online...
    walhal adik ipar kerja kat SSM... :p
    lagipun bsness tak brp aktif..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...