Skip to main content

Bagaimana Mengajar Anak Kidal Guna Tangan Kanan

Bismillah

Selamat pagi Isnin, semoga minggu ni kita boleh bekerja dengan lebih produktif.

Anak yang kidal boleh diajar menggunakan tangan kanan atau tidak. Jawapannya sudah tentu boleh kan? Sebab setiap benda boleh dilatih apalagi jika anak masih kecil kan?

Cakk.... peace

Aiesyah anak ibu yang kidal, banyak perkara yang dilakukan dengan tangan kiri. Ibu memang selalu duk perhatikan terutama time makan, sebab tak mahu dia terbiasa dengan kiri. Sekarang Aiesyah semakin pandai makan guna tangan kanan, tapi jika makan dengan sudu, memang nampak berbeza caranya.

Kalau menulis dan mewarna memang kiri, jika ibu minta guna tangan kanan, dia pegang color pencil dengan tangan kanan sambil tulis yang bukan-bukan dan cakap "haa... aiesyah tak reti" sambil buat muka. Ok lah sayang tidak kisahlah nak guna tangan manapun tapi makan kena guna tangan kanan, ok!

Aiesyah dengan lukisannya, hakim lukis bunga dan kapal

Bila melakukan aktiviti starfall.com pegang mouse juga adakalanya menggunakan tangan kiri itu yang selalu ter- right click jer. Ada tak mouse yang direka khas untuk orang kidal? Owh ada macam yang dikeluarkan oleh Logitech tapi mahalnya.... kat Malaysia ada jual tak agaknya? Mouse sekarang ni yang ibu guna pun Logitech tapi tidak lar mahal cuma RM20 jer tu pun beli second hand member punya.... punya lah banyak mouse dia... hehe mintak satu

Sebelum tu beli mouse yang rm10 tu tahan nyer kejap jer, tak sampai 2 bulan berganti kemudian ganti lagi.... baik beli mahal sket tapi tahan lama. Hakim tarik mouse buat kereta mainan dia, sampai terburai wayar.... beli yang lain diguntingnya pula... yang sekarang ni dah guna lebih 2 tahun, memang berbaloi

Mouse sekarang ni lebih senang travel wayar dia bole gulung dan snap. macam cd jugak boleh snap-snap... apa lar ibu sudah melalut ke mouse pulak ni

Ok lar anak anda ada yang kidal tak? Boleh ker latih diorang guna tangan kanan?

Comments

  1. izzah pun kidal juga.. time makan kadang2 tangan kanan, kadang2 tangan kiri.. kalau pakai sudu mmg kiri la.. kalau makan dengan tangan suap boleh pula guna tangan kanan..he..he

    ReplyDelete
  2. ada org kata tu natural tp tak tau la..takper la, selalunya org kidal dia lebih creative kan..sbb bnyk guna otak kiri..as long mkn dngn tangan kanan,yg lain takper la kot.

    ReplyDelete
  3. LittleMama,
    ooo izzah kidal juga yer... kadang kena paksa makan guna tangan kanan, sekarang ni belajar pegang sudu tgn kanan... :D

    MamaYatie,
    hope macam tu ler....

    ReplyDelete
  4. fikri & anis juga lebih kepd tgn kiri..
    kalo makan sendiri memang tgn kiri.. kdg2 ckp la juga, tgn kiri tu tgn cuci berak,.. busuk.. tp selamba jer 2-2 org cakap.., 'dah cuci dgn sabun la ibu'... so, tak leh guna taktik tu.. selalu kena ckp, mesti makan dgn tgn kanan.. sudahnya nanti 2-2 belah tgn di guna...

    mcm tu juga lah kalo menulis.. kalo suruh guna tgn kiri, fikri siap cakap 'tak best'.... tp kdg2 kalo dia lenguh guna tgn kiri, dia tukor juga guna tgn kanan...

    ReplyDelete
  5. kakyong,
    kalu boleh guna 2-2 tangan lagi best kan...
    anak-anak dah pandai, kita kena cakap yang betul, tak boleh tipu2 tu taktik lama... diorg pun dah terror :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.