Skip to main content

Biskut & Kerepek Raya Banting

Biskut dan Kerepek yang raya atau orang yang raya?

Bila musim raya bukan biskut jer, tapi kerepek turut popular sebab makanan ringan ini tidak muak dimakan. Jika di rumah ini kalau beli 1 paket 250gm tu sekali makan jer pun dah habis

Semalam kakak ajak ke Banting tempat pemborongan kerepek yang agak besar, tak sempat nak snap gambar pun di situ sebab ramai sangat orang. Sempatlah ibu beli beberapa kerepek yang enak di makan;


Kerepek ubi pedas, permintaan hakim


Kerepek kentang kari, aiesyah sangat suka.


Kerepek Opak kari, yang ibu ngan abah suka


Kuih Sepit, kuih traditional yg memang kami semua suka makan


Kuih batang buruk, ini ibu yang teringin


Kacang, sedap dimakan begitu sahaja.

Tengok ni, stock sampai raya kut....
p/s: abaikan jalan keretapi yang direka oleh engineer hakim ketika usia 3 tahun, kalau tak silap itu jalan keretapi pertama merentasi Terengganu... 

Setinggi umar plastik ni, dalam 4kg, harga pun dapat murah lar.... siapa nak order? hehe makan2 kami jer, tengok berapa lama boleh habis....

Notakaki: Teringat zaman ibu jual kuih/biskut raya 2 tahun lepas......

Comments

  1. uish..tu bekal smpai raya ye kak....huhu

    ReplyDelete
  2. i miss opak kari..yummy...takder nak wat bis ke ani?hehehe

    ReplyDelete
  3. amirah,
    memang pon.... hehehe :D ntah2 tak sampai raya

    ReplyDelete
  4. MamaYatie,

    Nak order ke opak kari tu...? kalau ada permintaan boleh jer saya roger kakak saya tuk ambil bekalan.

    ReplyDelete
  5. wahh teruja nya tgk batang buruk tu.... rajin ke nak buat... hahah, kalo malas tahun ni main tunjuk2 jugalah.. terutama btg buruk & putu kacang hijau.,

    ReplyDelete
  6. kakyong pandai buat kuih batang buruk? wah boleh tempah... saya penah tolong kakak dulu buat kuih tapi sekejap jer... tak larat lar...
    putu kacang hijau... saya pun suka, kat kg banyak jual

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...