Jul 9, 2010

Blog Yang Suka Baca

Ibu bila ada masa memang suka jengah dan melawat blog kawan-kawan kat sini, terutama yang ada dalam bloglist ibu ni.


Tidaklah semua blog list yang ibu ada ni ibu suka jejak semuanya sebab ada ciri-ciri yang menyebabkan ibu suka jejak antaranya;

1. Tajuk Entry Menarik
- Semua orang nak letak tajuk entry yg catchy kan, tapi biarlah kena dengan isi, janganlah tajuk jer alahai tapi isinya takde apa sangat. Ada entry yang ibu nak baca tengok pada tajuk walaupun tidaklah catchy

2. Entry sederhana
- Tidak terlalu pendek sehingga rasa tidak puas membacanya, atau entry yang terlalu panjang berjela hingga malas nak habiskannya. Tapi jika entry panjang dan menyentuh hati takper.. memang boleh baca sampai habis, kalu takde masa tu, masa lain pasti ibu jenguk lagi

3. Cakap yang tak merapu
- Jujurnya ibu kurang faham kalu blogger gunakan perkataan yang terlalu simple sampai ibu tak faham, skema tak ibu? hehe.... dan gunakan perkataan yang elok, sebab ibu tidak suka baca banyak perkara yang negatif, kalau boleh semua nak yang positif ajer.

4. Gambar yang menarik
- Hehe bab ni ibu pun fail, kadang2 tak sempat nak letak gambar, yer lah nak cari, nak edit dan uplod gambar, tu yg kadang2 amik dari cik google jerk. Tapi serious ni memang ibu suka baca blog yang ada banyak gambar menarik terutama gambar sendiri yang ada kena mengena dengan entry.

5. Blog yang simple
- Ibu suka blog yang simple dan tidak banyak gadget sampai nak upload pun lambat, terutama gadget yang ada bling-blig, berpinar mata ibu ni... tak jumpa entry yang mana... huhu. Tulisan yang senang dibaca pun boleh menarik pengunjung ke blog kita.

6. Entry yang bermanfaat
- Ibu banyak mendapat maklumat dari blog juga, berkongsi ilmu sangaat digalakkan tapi ilmu yang bermanfaat bukan yang ntah apa-apa.... setiap apa yang ditulis menggambarkan peribadi penulis, jangan lupa tu yer... jika baik penulisannya maka hatinya InsyaAllah baik, jika negatif saja... apa maknanya?

Cukup takat ni dulu, ibu pun banyak kelemahannya.... sampai bertemu lagi. Jika ada salah silap harap dimaafkan. Malam ni ada kelas quran dan tajwid lagi, InsyaAllah. Jumpa lagi.

9 comments:

  1. skema? hihihihihi
    samalah kita tak berapa nak faham term2 baru yang terlalu ringkas sgt tu.

    ReplyDelete
  2. yup..suka yg tak byk sgt widget dan senang nak cari entry ke...

    ReplyDelete
  3. ummumishkah... memang skema kita maklumlah dah 30+ kan... hehe


    amirah, hehehe betul..3x

    ReplyDelete
  4. betul wan anie! tak skema lah. mmg saya pun xgemar baca blog yg penulisan byk sgt guna shortform sampai xpaham!

    cara penulisan wan anie ni pun dah cukup best dibaca - teratur, tersusun tapi masih agak lepak! hihi...

    ReplyDelete
  5. Saya pulak suka bukak blog yg ada resipi yg gambarnya menarik sehingga rasa nak cuba masak jugak.

    ReplyDelete
  6. Syigim,
    tak skema eh... hihi ingatkan saya je skema gitu... saya nak tulis macam saya cakap jer... x reti nak buat formal

    ReplyDelete
  7. Rohana,
    Saya pun suka ga blog resepi.... suka baca jer, masaknya belum tentu hehe

    ReplyDelete
  8. gelagat org berblog ni macam2..
    tp kakyong suka g blog ibu2, maklumlah sealiran, byk boleh belajar.. hihi.. sambil2 godek juga blog tutorial, blog masak2,blog kraf & jahitan..

    ReplyDelete
  9. dah nama wanita ni memang x bleh lari dari blog masak2, jahit2 kraf saya pun suka... suka tengok jer... nak buat xde kemudahannyer....

    isk kakyong suka menge'tag' saya... :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails