Skip to main content

Buah Ciku & Mee Udang

Ingat lagi tak dulu ibu pernah cerita yang pokok ciku kat laman rumah ibu ni sudah berbuah, waktu tu masih kecil lagi buahnya. Sekarang sudah boleh dipetik dan diperam untuk dimakan, tidak boleh dibiarkan masak di atas pokok nanti tak sempat merasa....

Orang tua-tua ada cakap yang buah ciku ni tak elok di makan sebab sejuk, kalau batuk memang bisa. Ibu ni segala buah makan, apalagi kalau buah yang manis macam ciku ni...

Buah ciku yang dipetik, dibasuh dan diperam bungkus dalam kain tuala, tak sabarnyer nak tunggu masak.


Siapa cakap kalau nak makan Mee Udang kena pergi Sungai Dua jer, kat sini pun ada Mee Udang lar.... teringin nak makan sebab berkali-kali lalu jalan ni asyik nampak signboard Mee Udang yang melazatkan itu (penting signboard yang cantik dan menarik perhatian untuk tarikan pelanggan)

Bila singgah jer sini, dalam kepala memang dah set nak makan mee udang, ingatkan harganya dalam rm3- 4 je rupanya rm6, yang special rm9. Ibu makan yang biasa jer, tak tahu pula yang special tu macamana, nanti boleh cuba lagi.


Udang dia besarnya, patutlar harganya rm6, mee tu rm3 lagi rm3 tu untuk 3 ekor udang tu lah kut! Rasanya boleh tahan, cuma ibu macam pernah makan yang lebih sedap dari ini tapi tidak ingat di mana. Tak boleh nak compare dengan mee udang Sg Dua sebab tak pernah ke sana, kuahnya macam mee rebus pun ada. Jika kuahnya lebih kick dan pedas sikit lebih sedap rasanya.

Alhamduillah... dah selamat

Memandai pulak ibu ni kan, kalu suh buat sendiri tak reti.... huhu. Emm kat mana yer ibu nak cari pes mee udang kat sini, teringin juga nak buat sendiri, nak kena cari resepi mee udang lar pulak lepas ni. Kalau berjaya ibu tempek resepi dan gambarnya di sini, tapi jika tidak tu faham-faham ler....

Comments

  1. ya rabbi..cikuuuu...i like uuu

    ReplyDelete
  2. tgk gambar ciku anie.. cam mengidamlah pulak! huhuhu

    ReplyDelete
  3. i suka ciku... suka sangat2... bestnya ada pokok cikut depan rumah...

    mee udang.. i pun tak reti buat.. reti makan jer... memang mahal sbb udang nya...

    ReplyDelete
  4. amirah,
    suka ker.. mehla sini hehe

    baru ada beberapa biji yg masak

    ReplyDelete
  5. ummumishkah,
    kalu ngidam tak ngandung tahan jer lah yer, tapi kalu ngandung kena pass ler sket kan... :D

    ReplyDelete
  6. kakyong,
    itu lar ingat 6 ringgit tu cam mahal, tapi rupanya ada mee udang yg berbelas harganya... udang penuh pinggan, selak-selak udang baru dapat mee...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.