Jul 4, 2010

Dah Lebih 3 hari Sakit Hati

Jangan salah faham pula dengan tajuk ibu kali ni, tapi memang tengah sakit hati juga ni dah lebih 3 hari... rasanya dah 5 hari kut, line CELCOM yang tidak berapa elok coveragenya di HP ibu ni

Adakah handphone ibu yang bermasalah, atau coverage sekitar kawasan ibu tinggal ni jer? Nak kata hp ibu, jiran pun mengadu perkara yang sama, bila ke kl line ok..... agaknya coverage sini kut tapi kenapa tiba2 sahaja sebelum ini tiada masalah

Ada sms yang dihantar pagi, petang baru ibu dapat mana tak sakit hati. Bila sms sampai ibu tengok detail masanya adalah awal daripada masa sms itu sampai di hp ibu ni. Time nak call pun adakalanya tak dapat, terpaksa call berkali-kali. Jika ada yang call, caller tidak dapat mendengar suara ibu dengan baik.

Apa yang patut ibu buat yer, perkara ni ibu dah anggap serius sebab hp alat komunikasi yang sangat penting buat ibu.

Patut kah ibu beli hp lain dengan line MAXIS atau DIGI? Untuk tukar nombor rasanya agak mustahil.

Oh CELCOM tolonglah buat apa yang patut, jangan biarkan ibu sakit hati begini

5 comments:

  1. salam wan. kakchik takde cadangan yg membina utk selesaikan kemelut ni. sekarang ni line telefon atau internet selalu je ada masalah tak kira di mana. tak tahulah sejauh mana pihak berkenaan ambil tindakan.

    utk hilangkan sakit hati wan tu, ni kakchik bawakan segelas milo protomalt. jom kita minum petang.

    ReplyDelete
  2. salam wan...
    just call celcom.tanya depa apa masalahnya.

    ReplyDelete
  3. alahai kakchik.... tq yer :D

    ieda, dah banyak kali call, tak pernah dapat cakap dengan operator asyik sibuk jer manjang, tu yg lagi sakit hatii

    ReplyDelete
  4. agaknya depa tgh adjust coverage kot... heheheh..
    dah lama tak guna celcom.. setia dgn maxis sudah hampir 10 tahun with the same no..

    ReplyDelete
  5. kakyong,
    alhamdulillah harini dah ok..... uuhh

    baguslar kakyong, saya ni pun jenis setia gaks.. haha kecuali mende2 yg xleh sabar camni kan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails