Skip to main content

Dalam Perut Ada Baby

Ibu dan keluarga sedang bersukaria di kampung sekarang ini, harapnya ya sebab semasa entry ini ditulis ibu masih lagi di Selangor. Rindunya dengan kampung, makanan semestinya.

Dapat juga merasa buah durian tadi selepas lama mengidam, ha jangan ingat yang pelik-pelik pula yer, dalam perut ibu ni masih kosong cuma berisi segala macam sistem peranakan dan sistem pencernaan jer.

Dalam proses kemaskan barang-barang yang perlu dibawa balik sempat lagi ibu buat schedule entry ni... hehe jangan marah yer abah.

Oh tajuk tu sebenarnya nak cerita pasal perbualan anak-anak ibu terutama hakim dan aiesyah semasa meninjau rumah baru;

Ibu        : Ini bilik hakim dengan umar yer
Hakim   : ok! hakim sekali ngan baby umar... hehe
Aiesyah : (muka masam) alaaa.... aiesyah takde baby
Hakim   : Ada, tu dalam perut ibu nanti ada baby
Aiesyah : Yey... dalam perut ibu ada baby aiesyah?
Ibu        : Haah yer lah tapi belum lagi, nanti adalah baby tuk aiesyah 
(dalam hati, hai anak-anak dah pandai nak baby pulak... tunggu lah dulu, umar tu kecik lagi)

Harap sangat next baby nanti girl so that bole geng dengan  kakak aiesyah pulak, dia semakin faham bahawa umar boy sebab umar dah pandai main car dengan abang hakim. Kak aiesyah nak main baby koala ke baby pooh ke tak mau nyer dia layan.

Anak lelaki dan anak perempuan memang berbeza, kecil lagi sudah tunjukkan interest yang berbeza. Bab baby tu lain kali lah cerita yer belum masanya lagi hehe

Pada yang dalam perutnya ada baby, jaga diri dan baby dalam kandungan yer, walau dirancang atau tidak dirancang sudah ketentuanNya, terima seadanya kerana masih ramai di luar sana yang mengharapkan zuriat sendiri belum kesampaian. Ibu doakan untuk kalian semua. Berilah kasih sayang seawal kandungan supaya mereka membesar dengan penuh kebaikan.

Comments

  1. tolonglaaaa jgn buang baby merata2..kalau tknk pun bagila pada org secara elok..geram btul

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.