Skip to main content

First Time Buffered Earning kat Sini

Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang diberikan, sihat, kenyang sebab dapat makan dengan sempurna, dan nikmat hidup dalam Islam. InsyaAllah


Update hari ni sepatutnya schedule post pukul 8 pagi tapi ntah di mana silapnya, entry tidak dipublish.... bila balik petang baru publish maknanya entry sudah basi

Lepas ibu dapat Buffered Earning pertama bulan April yang lalu, ini entry ke-3 cerita ibu tentang Nuffnang selepas [ini] dan [ini]. Ibu dah pun cash out pada minggu ke-3 bulan 6 haritu sekarang tunggu cek sampai walaupun tidak lah banyak mana pun tapi syukur daripada tiada langsung.

3 hari lepas ibu cash out, BE yang ibu duk tunggu menjadi ME baru berlaku, isk jika awal sikit boleh ibu cash out lebih sikit. Sekarang earning Nuffnang sudah hampir sama dengan nilai yang ibu cash out tidak sampai 2 minggu yang lepas.

Owh, pertama kali dapat BE dalam blog ini ie TintaComellote, sebelum ini semua BE adalah sumbangan blog [ini].

BE tertinggi ibu pernah dapat tak sampai pun 50, dengki dengan blogger yang boleh dapat sampai beratus setiap BE diorang. Walaupun kali ni BE belum lah tinggi mana tapi yang best sebab dapat juga CTR bonus. Akhirnya merasa jugak


Macamana dapat BE kat blog yang tak glemer ni?
Apa yang ibu perasan ialah, selepas ibu update survey minggu sudah dan ibu merajinkan diri buat 2 entry setiap hari. Nak kata traffic tinggi tidak lah juga sebab jauh lagi nak dibandingkan dengan blog yang lebih glemer, blog ini tidak glemer langsung tapi tetap berterima kasih pada yang sudi singgah dan melawat.

Mungkin juga sebab ibu asyik cek earning nuffnang saja hampir setiap hari hehe.... boleh? Lagi satu ibu merajinkan diri masuk contest yang dianjurkan oleh Nuffnang macam My Water Moment tempohari.

InsyaAllah jumpa lagi di lain siaran, selamat berhujung minggu yer semua

Comments

  1. tahniah.... semoga banyak lagi buffered in the future

    ReplyDelete
  2. salam wan. tahniah untuk BE pertama di blog ini. update blog survey tu satu penyebab juga tu.

    wan, ada ward ni, singgahlah ambil di sini: http://keluargakusayang.blogspot.com/2010/07/award-tag-dari-moon.html

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak Sharinginfoz.... harapnyer begitu lar :D

    ReplyDelete
  4. ok kakchik.... tapi tak tahu dah nak update apa, mendenya sama jugak :)

    dah pegi amik tadi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.