Skip to main content

Full of BlossomFarm

Faham kah tajuk entry tu?

Rumah ibu yang penuh dengan Blossomfarm by ELC yang ditempah oleh pelanggan sehingga tiada satu pun tertinggal untuk anak ibu si Umar, nak buat macam mana customer first


Hampir 2 pagi baru siap membalut, mata pun dah layu... kena hati-hati juga bimbang bertukar color, tapi rasanya semua ok, InsyaAllah. Bila dapat bungkusan dan lihat tulisan yang kreatif dan cantik tu adalah hasil kerja tangan encik abah. Bertungkus lumus kami berdua mengerjakan Blossomfarm tu di kala anak-anak sudah lena semuanya, kecuali hakim yang asyik dengan bukunya.


Cute rupanya BlossomFarm ni patut ramai yang suka, 1st batch order semua sudah habis ditempah, kami sedang buka 2nd batch order sekarang, InsyaAllah barang akan sampai tengah bulan 8 dalam seminggu puasa gitu, sapa nak cepat sebelum 14 hb ni yer

Ada 2 color, pink and blue, setiap set mempunyai playmat yang berbentuk bunga tu, 4 toys yang comel, 1 kepala besar dengan sarung air bag, 2 air bag dan instruction.

Bila semua dah siap packing

Hakim nak ukur tinggi, siap naik atas kerusi... tengok siapa lagi tinggi? Ibu tengok belum cukup tinggi jugak lagi....

Nak pos pun kena angkut sikit2, sebab memang tak muat kereta kami nak angkut semua. Masa sampai nasib baik tokey sana letak asing isi dalam dan kotak, jimat space.

Oh yer ibu nak offer suatu yang menarik kepada anda yang berminat nak dapatkan pendapatan sampingan, nanti ibu cerita yer.... jumpa lagi

Comments

  1. huhu..mmg cute..tp nak beli rasa dah tak relevan dah..membazir je nnt..kalo org branak sulong (baby lagi) worth it sngt nak beli kan..

    ReplyDelete
  2. Mamayatie,

    Ada pelampung juga nak letak di bawah atau kat belakang.... dalam gambar takde sebab kami tak tiub hehe

    ReplyDelete
  3. sesuai untuk berapa bulan ni kak?aritu dh tengok tp tk ckup bajet lagila..huhu

    ReplyDelete
  4. amirah,
    dari 0-12m, boleh bayar separuh-separuh, bulan ni separuh, bulan depan separuh :D

    ReplyDelete
  5. apa benda ni?? hahaha.. anak2 kakyong memang tak pernah ade playmate yg beli2 ni..

    bagusnya , permintaan customer pun byk.. kakyong kena belajor ni cara nak cari/pikat customer dr wan anie..

    ReplyDelete
  6. saya pun sama kakyong,
    anak sendiri takde mende2 ni... hihi

    kakyong pun apa kurangnya....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...