Skip to main content

Keluarga Fitrah

Apa khabar anda semua pagi ni? Ibu doakan semuanya berada dalam keadaan yang sangat baik dengan tugas masing-masing.

Semalam ibu ada dengar perkongsian wacana ilmu tentang Keluarga Fitrah dalam slot Keluarga Sakinah di IKIM.fm, apa yang dimaksudkan dengan keluarga fitrah ni? Keluarga kembali kepada perkara yang baik, yang suci, yang fitrah... bukankah setiap bayi yang lahir adalah fitrah... maksudnya suci dan bersih.


Topik yang dikendalikan oleh Prof Dato' Dr Sidek Baba ini banyak menyentuh tentang peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Antara yang disentuh ialah masa bersama dengan anak-anak.

Ibubapa yang bekerja apabila pulang, luangkan masa dengan anak, sampai sahaja di rumah peluk dan cium anak, tanya perkembangan anak hari tu. Anak sentiasa menunggu kepulangan ibubapanya kerana banyak benda yang ingin diceritakan oleh mereka banyak perkara yang ingin diluahkan oleh mereka.

Jika makan, maka makan bersama-sama anak-anak (gunakan masa makan dengan berkualiti, bercakap dan bersembang tentang keluarga dan anak-anak, seeloknya jangan menonton tv ketika makan) Jika menonton tv (rancangan yang baik-baik) lihat bersama anak-anak, luangkan masa melihat kerja sekolah anak-anak, bercerita dan berbual dengan mereka sebelum mereka tidur.


Mungkin gejala sosial boleh berkurangan jika setiap anak-anak diberi kasih sayang yang sewajarnya. Kasih-sayang, perhatian, dan setiap perkara yang baik itu adalah fitrah anak-anak. Mereka perlukan itu semua untuk membesar sebagai anak yang sempurna.

Bila melarang anak, cakap dengan baik dan beritahu sedari awal lagi, cthnya; anak tidak boleh buat bising semasa ibu nak solat. Cakap dengan baik-baik dan perlu diulang-ulang (juga dengan nada yang baik) InsyaAllah anak akan faham bahawa mereka tidak boleh bising ketika ibu solat dan sebagainya.

Sama-sama kita praktikkan dalam keluarga kita.

Notakaki: hari ni baru gembira sikit sebab line CELCOM dah ok, semalam ramai orang call asyik putus jer, Alhamdulillah.

Comments

  1. Thanks berkongsi info...
    kdg2 kita ni amik mudah bbrp perkara...

    ReplyDelete
  2. salam...info yg bagus
    tq for sharing

    ReplyDelete
  3. kakyong,
    sama-sama kita

    syaFiQa,
    sama-sama :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.