Skip to main content

Lebih 80,000 Anak Luar Nikah

Statistik yang mengejutkan tapi juga mungkin tidak bagi yang bekerja di hospital atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. Satu angka yang besar menunjukkan peningkatan setiap tahun, ini jumlah yang didaftarkan, belum termasuk anak yang tidak didaftarkan, dibuang hidup-hidup, ditinggalkan di dalam tong sampah, di dalam tandas dimakan anjing dan sebagainya.

Jika anak yang lahir hasil dari hubungan zina melebihi 80,000 maka pasangan yang melakukan zina lebih 160,000 orang! Anak yang dilahirkan tidak berdosa itu hasil dari hubungan tidak sah antara lelaki dan perempuan. Jika perempuan dengan perempuan maka tidak keluar anak luar nikah rasanya....

Ibu risau melihat keadaan anak remaja sekarang ini, bimbang dengan anak-anak ibu yang membesar di zaman mereka kelak bagaimana agaknya.

Institusi keluarga memainkan peranan sangat penting, kerana anak yang dilahirkan adalah fitrah, ibubapanya lah yang mencorakkan anak mereka. Bagaimana dengan keadaan keluarga kita sekarang, keluarga ibu dan keluarga anda.... bagaimana keadaan anak-anak kita, adakah senang dikawal atau sebaliknya.

Kajian telah dijalankan (statistik daripada Dato' Dr. Fadzilah kamsah) ke atas orang melayu Islam, hampir 80% tidak menjaga solat, atau dengan kata lain tidak sempurna solat 5 kali sehari. Jika ibubapa tidak bersolat, bagaimana dengan anak-anak yer? Solat adalah tiang agama, yang membezakan orang Islam dengan orang kafir adalah solat.

Fikirkan dan renungkanlah, lihat lah orang di sekeliling kita, rakan sekerja, adik-beradik, sahabat handai memang ramai di antara mereka yang tidak sempurnakan solat, seolah memandang remeh soal solat.

Diambil dari sini

Maaf sebab entry yang agak serius hari ini, pengalaman ibu semasa membuat survey di wad bersalin HUKM pada 2008 (ibu buat survey tentang benda lain yer, bukan survey tentang anak luar nikah ni) menemukan ibu dengan seorang kakak umurnya baya kakak ibu yang sulung sekitar awal 40-an, menangis dan tersedu menceritakan yang dia sangat terkejut bila pihak hospital menelefon dan beritahu anak kakak ni bersalin.

Kakak itu beritahu saya dia tidak tahu menahu dan tidak sedar yang anaknya yang baru berusia 15 tahun itu berbadan dua. Kakak itu tahu yang anaknya mempunyai teman lelaki tapi tidak sangka sampai ke tahap ini. Apa yang merisaukan kakak itu ialah untuk membawa pulang cucunya balik ke rumah, malu dengan jiran-jiran satu hal, satu hal lagi bimbang anaknya dipukul suaminya yang masih belum tahu hal itu.

Semasa melahirkan Umar di wad Hospital Sungai Buluh setahun yang lepas, ibu perasan ada seorang ibu kecil (tidak pasti berapa umurnya tapi kecil molek sahaja susuk tubuhnya) sedang belajar menyusukan bayinya. Kasihan bayi itu kerana ibunya kelihatan tidak bersungguh-sungguh menyusukannya. Mungkin kerana pihak hospital sangat menggalakkan penyusuan susu ibu, tapi ibu muda itu seolah melakukannya dengan tidak sepenuh hati, paksa rela agaknya.

Tidak lama selepas itu kelihatan beberapa orang anak muda datang kepada ibu muda itu, bercakap-cakap dan seorang daripada mereka berjumpa nurse, ibu fikir dia ingin selesaikan bil hospital sebab ada resit di tangannya selepas itu. Seketika datang 2 orang perempuan dengan borang minta ibu muda itu sign di situ dan sini, mungkin bayi kecil yang masih belum mengerti apa-apa itu diserahkan kepada individu atau organisasi tertentu.


Alhamdulillah, sekurang-kurangnya 2 orang bayi yang ibu lihat itu dalam keadaan selamat, comel dan sihat cuma ibu tidak pasti di mana bayi-bayi itu berada sekarang. Ibu berharap bayi ini dijaga dan diberi didikan serta kasih sayang sewajarnya supaya menjadi insan berguna kelak.

Comments

  1. harap2 semua bayi tu dalam lindungan Allah sebab dorang semua tak berdosa..mcmna ye kita nak menjaga keadaan ni jadi semakin teruk??yg saya yakin mcm akak ckp, kita kena kukuhkan institusi kekeluargaan..kalo camni payahla..kita tahu anak kita ada boyfriend, tapi kenala jaga dan awasi tingkahlaku dia, keluar masuk rumah setiap hari..dan kena ambik tau gerak geri anak2..ngerila kak, kalau Allah nak turun bala, semua kena tak kirala siapa yg buat siapa yg tidak..kita kena ambik ikhtibar dan sebarkn pada keluarga terdekat..

    ReplyDelete
  2. amirah,
    kita boleh lakukan yg terbaik tuk diri kita dan keluarga terdekat kita, InsyaAllah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...